NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | DIALOG DENGAN AL-QURAN |
PENULIS | SYEIKH MUHAMMAD AL-GHAZALI |
NO ISBN | 9789839045840 |
HARGA | RM 15.00 (S’JUNG) / RM 16.50 (SS) |
MUKASURAT | 338 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 ½ X 8 ½ |
BERAT | 377g |
SINOPSIS
“Dialog Dengan Al-Quran” merupakan sebuah buku yang amat berkualiti dan ditulis oleh seorang pemikir Islam yang paling berpengaruh, iaitu Syeikh Muhammad Al-Ghazali. Kehebatan buku ini adalah kerana ia mengemukakan sesuatu yang baru dalam memahami Al-Quran secara benar dan seterusnya mempraktikkannya dalam kehidupan.
Al-Quran merupakan mukjizat yang paling menggemparkan seluruh alam kerana mengandungi kesempurnaan bagi mentadbir alam semesta yang maha luas ini. Tetapi kesalahan dalam memahami Al-Quran boleh memesongkan akidah dan membuat seseorang semakin jauh dengan petunjuk Allah.
Bila kita telah terpesong daripada petunjuk Al-Quran, bererti kita memusuhi wahyu suci ini sama ada secara sedar ataupun tidak sedar. Akibat seterusnya adalah kita menjadi golongan pelampau yang terkeluar daripada senarai orang- orang beriman dan masuk ke dalam senarai orang-orang kafir yang akan dimasukkan ke dalam Jahannam.
Oleh itu buku ini menyeru kita agar berdialog dengan Al-Quran, dalam erti memahami dan menghayati kandungan sucinya yang merangkumi seluruh aspek kehidupan, sehingga kita layak mentadbir jagat raya ini menerusi ajarannya dan menolak ke tepi peranan orang-orang kafir yang selama ini menguasai jagat raya ini.
Tags: DIALOG DENGAN AL-QURAN
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.