ADAB SEORANG MUSLIM DENGAN MASYARAKAT
- Brand: Jasmin Publications
- Product Code: 9789833791125
- Availability: 100
- RM30.00
Available Options
TAJUK BUKU | ADAB SEORANG MUSLIM DENGAN MASYARAKAT |
PENULIS | DR SHOLEH FAUZAN |
NO ISBN | 9789833791125 |
HARGA | RM 30.00 (S’JUNG), RM 33.00 (S/S) |
MUKA SURAT | 536 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 ½ X 8 ½ |
BERAT | 594G |
SINOPSIS
Anda akan merasa hairan dengan orang-orang yang selalu melaksanakan rutin ibadah, konsisten dengan perintah agama, selalu melakukan ibadah sunnah seperti solat, puasa, membaca Al-Quran, berzikir dan sebagainya. Tetapi mereka melupakan aspek interaksi dan bergaul dengan sesama makhluk dan tidak memiliki akhlak yang baik.
Anda akan menemui pada diri mereka sifat hasad, iri hati, dengki, sombong, takbur, zalim dan aniaya, rasa benci dan dendam, saling bermusuhan dan berselisih, suka berbohong dan menipu, curang, tidak menepati janji, membatalkan perjanjian, memutuskan tali silaturrahim,berbuat dosa, tidak menunaikan hak orang lain, memakan harta orang lain dengan jalan yang batil, mengkhianati amanat, menjilat kehormatan orang lain, selalu berusaha mengadu domba dan berbuat kerosakan, melihat ‘aurat, ikut campur dalam hal-hal yang tidak perlu dan tidak ada manfaatnya yang bertentangan dengan keimanan dan usaha-usaha kebaikan dalam agama.
Berinteraksi dengan sesama manusia seolah-olah bukan merupakan sebahagian dari agama atau mereka berpandangan bahawa orang yang memiliki akhlak yang baik tidak akan mendapat pahala dan sebaliknya orang yang berperangai buruk tidak akan mendapat hukuman. Atau ketika dia berbuat zalim kepada manusia bukanlah merupakan sebuah dosa, padahal kezalimannya itu melebihi kezaliman orang lain terhadapnya, kerana baginya hak-hak manusia didasarkan pada rasa benci dan hak-hak Allah didasarkan pada sikap toleransi.
Orang yang jauh dari Allah bila-bila masa dia boleh meminta keampunan, namun orang yang melakukan kezaliman kepada orang lain, belum tentu mereka mahu memaafkannya. Perlu diketahui bahawa hak-hak manusia sudah termasuk di dalamnya hak-hak Allah dan hak manusia. Allah s.w.t. tidak pernah meredhai kezaliman dan orang yang paling dicintai oleh Allah s.w.t. adalah orang yang paling berguna bagi sesama manusia dan orang yang paling boleh menjaga hak-haknya serta merealisasikan kebaikan bagi mereka.