APABILA MALAIKAT ISRAFIL MENIUP SANGKAKALA
- Brand: Pustaka Ibnu Katsir Sdn Bhd
- Product Code: 9789670398853
- Availability: 100
- RM28.00
Available Options
SINOPSIS Terdapat hadis yang menjelaskan
sifat dan kebesaran kewujudan seperti yang telah disebutkan oleh Jibril
a.s kepada Rasulullah s.a.w dalam hadis
yang diriwayatkan oleh Ibnu al-Mubarak dalam az-Zuhdi dari Ibnu Syihab, bahawa
Rasulullah s.a.w meminta Jibril a.s untuk menampakkan kewujudan dirinya kepada
beliau, maka Jibril a,s berkata: “engkau pasti tidak sanggup untuk melihatnya.”
Beliau berkata: “aku ingin sekali engkau melakukannya.” Kemudian Rasulullah
s.a.w keluar menuju ke mashalla pada suatu malam ketika bulan terang dan Jibril
a.s menemuinya dalam wujud aslinya, beliau pun pengsan ketika melihatnya.
Setelah beliau s.a.w sedar, Jibril a.s membangunkannya dan beliau meletakkan
salah satu tangannya ke atas dadanya dan yang satu lagi di antara dua bahunya
kemudian berkata: “aku tidak pernah melihat makhluk seperti ini!” Jibril a.s
lalu berkata: “bagaimana jika kamu melihat Israfil, sesungguhnya dia mempunyai
dua belas sayap, di antara salah satu sayapnya ada di barat dan yang satu di
timur dan ‘arsy ada di atas bahunya. Kadang-kadang dia boleh menjadi kecil
kerana kebesaran zat Allah SWT sehingga boleh menjadi seperti burung kecil dan
sehingga tiada yang sanggup memikul ‘arsy-Nya selain keagunganNya. |