NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | AQIDAH SEORANG MUKMIN |
PENULIS | SYEIKH MUHAMMAD MUTAWALLI SYA’RAWI |
NO ISBN | 9789832179740 |
HARGA | RM 22.00 (S’JUNG), RM 24.50 (S/S) |
MUKA SURAT | 432 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 ½ X 8 ½ |
BERAT | 484g |
SINOPSIS
Apakah segala yang diciptakan untukku lebih kekal dariku? Langit-langit, bumi dan gunung-ganang lebih kekal dari makhluk yang diciptakan untuknya langit-langit, bumi dan gunung-ganang?
Jadi harus ada keyakinan bahawa di sana ada kehidupan yang kedua dan bahawasanya kehidupan ini adalah perjalanan menuju kehidupan yang kedua dan sesungguhnya harga nilai seseorang adalah jika ia membina kehidupannya yang mendatang. Bukan dinilai dari binaannya terhadap kehidupan yang fana ini, kerana kehidupan ini adalah praduga bukan satu keyakinan sementara kehidupan akhirat adalah kepastian dan bukan dugaan.
Apakah makna dari keikhlasan? Ikhlas adalah misalnya di sana ada perkara yang sewenang-wenangnya kemudian kamu memilih di antara satu dengan lain. Keikhlasan dalam akidah ertinya persekutuan terjadi di dalam masalah ketuhanan, keikhlasan memilih Tuhan yang sebenarnya dari Tuhan yang palsu. Ikhlas adalah memurnikan pandangan seorang mukmin hingga dapat membezakan mana Tuhan yang sebenarnya dan mana Tuhan yang palsu. Juga untuk memilih di antara bersikap hakikat kerosakan daripada hakikat kebaikan sehingga dapat menuju kepada yang bermanfaat.
Ini kerana jika ia menciptakan Tuhan-tuhan palsu, maka hawa nafsu membutakannya, berhala menggelapkannya._ Apakah manfaatnya hawa nafsu kepada manusia, apa pula manfaatnya berhala?
Jadi keikhlasan di dalam bertauhid atau memurnikan hakikat Tuhan yang sebenarnya dari hakikat Tuhan-tuhan yang palsu. Maksudnya, perkara ini membuatmu merasa nyaman dari pergaulan serta pembauran yang tidak membawa manfaat sedikitpun kepadamu. Bahkan mendatangkan kemudaratan kepadamu juga tidak mendatangkan manfaat bagimu jika kamu menyekutukan Tuhan yang sebenarnya dengan Tuhan-tuhan yang palsu.
Tags: AQIDAH SEORANG MUKMIN
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.