NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | BACALAH DENGAN NAMA TUHANMU KEUTAMAAN ILMU DAN PENGETAHUAN |
PENULIS | DR. ‘AIDH ABDULLAH AL-QARNI |
NO ISBN | 9789833423835 |
HARGA | RM 32.00 (S’JUNG) / RM 35.50 (SS) |
MUKASURAT | 373 (KULIT TEBAL) |
SAIZ | 6 X 9 |
BERAT | 559g |
SINOPSIS
Wahai guru, sesungguhnya orang-orang pandai di kalangan golongan pendidik, termasuk dari kalangan yang bukan Islam, berkata: “Sesungguhnya anda tidak akan mampu mengajar seorang manusia selagi anda belum melaksanakan apa yang anda ajarkan.”
Rasulullah s.a.w. tidak sekadar pandai bercakap. Tetapi apabila baginda menyuruh manusia supaya bersikap jujur maka baginda sendiri adalah orang paling jujur. Jika baginda menyuruh orang lain supaya menjadi baik maka baginda sendiri adalah orang yang paling baik. Jika baginda menyuruh orang lain supaya setia maka ternyata baginda sendirilah orang yang paling setia. Jika baginda menyuruh manusia agar menjadi orang-orang yang bertakwa maka terbukti baginda sendiri adalah yang paling takwa.
Kerana itu, wahai saudara-saudaraku yang mulia, wahai guru yang dihormati, sesungguhnya orang yang menyeru kepada sesuatu, kemudian melanggar seruan itu dengan perbuatannya sendiri, maka ia tidak akan memberi kesan yang baik kepada anak-anak kaum muslimin.
Contoh teladan ini hendaklah dimulai dari rumah, kerana ia lebih utama.
Perbuatan yang berlawanan dengan ilmu yang disampaikan sama sahaja dengan mentertawakan ilmu dan risalah itu sendiri serta memperkecilkan para penuntut ilmu. Bagaimana ia akan menyuruh mereka sembahyang sedangkan ia sendiri tidak sembahyang? Bagaimana ia akan menyeru mereka meninggalkan nyanyian murahan dan majalah picisan sedangkan ia sendiri bermoral rendah dan lebih kurang sama dengan mereka?
Tags: BACALAH DENGAN NAMA TUHANMU KEUTAMAAN ILMU DAN PENGETAHUAN
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.