NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | BERANI HIDUP |
PENULIS | MD. NAJIB ISKANDAR |
NO ISBN | 9789833423743 |
HARGA | RM 22.00 (S’JUNG) / RM 24.50 (SS) |
MUKASURAT | 317 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 ½ X 8 ½ |
BERAT | 379g |
SINOPSIS
KARAKTER JALAN Jarak jalan yang harus ditempuh sangat panjang, harus melewati beberapa tingkat dan tahap, banyak rintangannya. Namun tujuannya agung, iaitu mendirikan daulah dan khilafah lslam. Waktu yang diperlukan untuk mewujudkan tujuan yang agung ini tidak diukur hanya dengan usia individu, tetapi harus diukur dengan usia dakwah dan umat.
Kita tidak dapat menghulur waktu dan juga jalan. Kita tidak boleh dirasuk rasa putus asa. Yang diperlukan ialah menghilangkan belenggu kemunduran, penyimpangan, kebodohan, bid’ah, kelemahan, kecil hati dan lain-lainnya, agar bangunan dapat berdiri tegak pada asas yang kukuh dalam iringan pasukan akidah.
KESUDAHAN KETEGUHAN HATI Keteguhan hati merupakan beban kewajipan yang berat. Oleh kerana itu ganjarannya juga besar. Allah s.w.t. bersama-sama dengan orang yang teguh pendiriannya, meringankan bebannya, melapangkan dadanya, menolongnya dan mendekatkan diri kepada-Nya di syurga. Di syurga itu terdapat sungai yang mengalir dan tempat duduk yang menyenangkan. Mari kita perhatikan firman Allah s.w.t. yang bermaksud:”Dan, ingatlah (hai para Muhajirin) ketika kamu masih berjumlah sedikit, lagi tertindas di muka buml (Makkah), nama Allah kecuali sedikit sekali.” (An-Nisa’: 1 42)
Maka orang munafik tidak berzikir kepada Allah secara berterusan. Kamu tidak mendapat seorang munafik berzikir kepada Allah di pasar, di dalam kenderaan, di atas kapal terbang dan di dalam masjid. Yang melakukan itu hanyalah orang beriman.
Apabila kamu ingin melihat siapa dirimu, seorang mukminkah atau seorang munafik? Maka tanyalah kepada dirlmu: “Apakah aku selalu berzikir kepada Allah? Apakah aku selalu berzikir ketika aku bersama manusia? Ketika keluar hendak pergi ke pasar? Ketika di atas pesawat? Dan ketika di dalam kenderaan?” Kalau kamu memang melakukan semua itu maka berbahagialah dengan imanmu. Namun kalau kamu tidak melakukannya, maka menangislah sekuat-kuatnya bila kamu boleh menangis dengan kuat!
Tags: BERANI HIDUP
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.