NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | Berani Let’s Be Brave |
PENULIS | Ahmad Safuan Al-Karami |
NO ISBN | 9789833423064 |
HARGA | RM 40.00 (S’JUNG), RM 44.00 (S/S) |
MUKA SURAT | 597 (KULIT TEBAL) |
SAIZ | 5 ½ X 8 ½ |
BERAT | 769G |
SINOPSIS
Buku BERANI - Minda Progresif & Dedikasi ini, merupakan sebuah buku yang membincang dan memperkatakan tentang sifat berani. Boleh dikatakan buku ini tergolong ke dalam buku motivasi, tetapi ia berlainan dari buku-buku motivasi biasa yang ada di pasaran. Ini merupakan buku motivasi berani - sama ada bertindak atau berani diam - dalam dua bidang yang berlawanan. Dengan kata lain, berani melakukan hal-hal yang positif dan berani meninggalkan hal-hal yang negatif berdasarkan kayu ukur nilai-nilai Islam.
Dengan kata lain, buku ini ditulis untuk menjadi panduan supaya berani berbuat sesuatu yang benar dan baik, tanpa rasa takut dan gentar.
Perkara paling penting yang perlu ada bagi orang mukmin adalah kekuatan dan keberanian atas musuh-musuhnya. Kedua-duanya berkait rapat dengan hubungan yang baik dengan Allah. Hubungan ini terjalin melalui tauhid, cinta, harapan, takut, taubat, khusyuk, tawakkal dan sentiasa berada di sisi-Nya serta mencukupkan diri dari yang selain-Nya.
Hidup adalah perubahan! Perubahan adalah hukum yang pasti dalam kehidupan. Pendek kata, tidak ada yang tidak berubah dalam kehidupan ini selain perubahan itu sendiri. Tetapi, walaupun kita mampu melakukannya. Sebahagian besar sebab perubahan itu tidak berlaku adalah kerana tiada keberanian memulainya.
Sebelum melakukan sesuatu kita perlu lebih dahulu membuang rasa takut dan menggantinya dengan keberanian, nescaya ia akan menghasilkan sesuatu yang positif. Bayangkan seandainya anda seorang pemanjat tebing. Jika dari awal tidak dihantui perasaan takut, besar kemungkinan anda dapat mencapai puncak dengan baik. Begitu pula dalam meniti kejayaan akan dapat dicapai dengan menggembirakan.
Tags: BERANI LET'S BE BRAVE
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.