BERBAHAGIALAH! ALLAH MAHA PEMURAH
- Brand: Jasmin Publications
- Product Code: 9789833791446
- Availability: 100
- RM38.00
Available Options
TAJUK BUKU | Berbahagialah! Allah Maha Pemurah |
PENULIS | Ibnu Qayyim Al-Jauziyah |
NO ISBN | 9789833791446 |
HARGA | RM 38.00 (S’jung), RM 42.00 (S/S) |
MUKA SURAT | 652 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 ½ X 8 ½ |
BERAT | 717g |
SINOPSIS
Kitab yang ada di hadapan pembaca yang mulia merupakan salah satu buku yang ditulis oleh seorang pengarang besar iaitu Ibnu Qayyim al-Jauziyyah. Sebuah tulisan yang sarat dengan faedah, ilmu dan nasihat-nasihatnya yang banyak diambil oleh para ulama selepasnya, dipelajari para ahli fikih, dan disinggung oleh para khatib dalam khutbahnya. Dia menguasai perbagai bidang ilmu pengetahuan, ustaz dalam ilmu fikih, menguasai ilmu akidah, seorang pengkritik kerana menguasai ilmu jarh wa Ta’di’l, seorang yang zuhud dan wara’, dalilnya sangat memuaskan lawan, juga menguasai bidang ilmu falak, dan pengetahuan alam secara umum.
Tulisannya ini merupakan tulisan yang cukup besar di antara tulisannya yang lain. Dia berbicara secara terperinci tentang rahsia Allah dalam menurunkan Adam ke bumi, setelah dikeluarkan dari syurga-Nya, serta menjelaskan tentang syurga yang dihuni oleh Adam. Dia seorang mufassir besar ketika berbicara masalah tafsir.
Dan dalam tulisannya ini, dia memperlihatkan kecerdasannya ketika memberikan penafsiran tentang ayat-ayat Allah dalam surah Thaha yang berkaitan dengan masalah Adam dan keturunannya. Dia membeza tempat kebahagiaan hakiki (syurga) dalam kitab yang ia namakan dengan itu. Dia berbicara tentang kebahagiaan yang datang kerana ilmu, dan kehendak serta pelbagai macam keutamaan dan kemuliaan ilmu tersebut, bahawasanya ia lebih utama dibanding dengan harta dan dalil yang sangat memukau. Selanjutnya Ibnu Qayyim masuk ke dalam perbahasan penting lainnya. laitu tentang penciptaan manusia, penciptaan alam, bintang gemintang, dan penciptaan bumi, serta membongkar rahsia diciptakannya neraka.
Kemudian ia masuk ke dalam perbahasan tentang pelbagai hikmah diciptakannya berbagai-bagai makanan pokok, buah-buahan dan dedaunan. Juga keajaiban-keajaiban yang berlaku pada pelbagai makhluk ciptaan Allah, baik itu manusia, haiwan mahupun keajaiban alam lainnya.
Dia mengkhususkan perbahasan tentang keadaan hamba ketika menghadap Allah, dia bahas secara terperinci, sebuah perbahasan yang tidak kami temukan dalam tulisan lainnya.
Semoga Allah memberikan keikhlasan bagi penulis dan tulisannya dapat bermanfaat bagi kaum muslimin. Sesungguhnya tiada daya dan upaya serta kekuatan kecuali kerana Allah.