NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | DOA, ZIKIR & AMALAN IBU HAMIL |
PENULIS | PUAN ZULAIKHA KASIM |
NO ISBN | 9789675420542 |
HARGA | RM 10.00 (S’JUNG) / RM 11.00 (SS) |
MUKASURAT | 182 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 X 7 ½ |
BERAT | 171g |
SINOPSIS
Semasa seseorang wanita itu mengandung, terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan sebagai suatu langkah awal untuk menjamin anak-anak yang di dalam kandungan sentiasa berada dalam keadaan sihat dan seterusnya memperolehi bakal anak yang soleh.
MEMPERBANYAKKAN MENGINGATI ALLAH S.W.T.
Perkara seperti ini sangat digalakkan kepada ibu yang hamil supaya dengan amalan ini mudah-mudahan Allah akan mengampunkan segala dosa yang telah dilakukan selama ini dan seterusnya akan membersihkan hatinya daripada perasaan yang tidak baik dan mentaqarrubkan Iagi diri dengan Allah S.W.T. Dengan ini juga diharapkan anak yang bakal dilahirkan nanti akan bersih hatinya dan ibu juga dapat bersalin dengan tenang dan baik.
Buku DOA, ZIKIR & AMALAN IBU HAMIL ini mengandungi banyak doa, zikir dan amalan yang elok menjadi buku panduan bagi para ibu hamil. Di awal buku berisi pelbagai nasihat dan tunjuk ajar mudah yang amat diperlukan setiap ibu hamil atau akan hamil, terutama dalam hal agama dan perubatan.
Kemudian dilengkapi pula dengan doa-doa dan zikir-zikir khusus fasa mengandung empat bulan, tujuh bulan dan semasa bersalin itu sendiri.Tidak ketinggalan tip-tip menyambut cahaya mata dan panduan memberi nama yang indah dan betul kepada buah hati anda.
Buku yang patut dimiliki oleh kaum muslimah yang sudah berumahtangga, sedang mengandung dan bakal pengantin baru.
Tags: DOA, ZIKIR & AMALAN IBU HAMIL
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.