NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | Ensiklopedia Pendidikan Anak Cemerlang Jilid 2 |
PENULIS | Hamid Ahmad Thahir |
NO ISBN | 9789833791569 |
HARGA | RM 55.90 (S’jung), RM 60.50 (S/S) |
MUKA SURAT | 592 (KULIT TEBAL) |
SAIZ | 7 X 10 |
BERAT | 1.092g |
SINOPSIS
Buku ini merupakan ensiklopedia pendidikan anak yang menyeluruh. Di dalamnya membincangkan tentang program pendidikan bagi anak-anak. Bermula daripada cara memilih isteri sehingga bagaimana mendidik anak sehingga dewasa.
Di dalam buku ini membincangkan suami isteri harus bersepakat untuk menentukan satu program yang dengan jelas menerangkan hak-hak dan kewajipan masing-masing dalam keluarga. Islam dengan kepadatan ajaran-ajarannya menawarkan sebuah konsep dalam membangunkan keluarga muslim.
Konsep ini adalah konsep rabbani yang diturunkan oleh Allah, Tuhan Yang Maha mengetahui. Dialah yang menciptakan manusia dan Dia pulalah yang paling mengetahui yang kompleks kehidupan manusia. Dengan demikian dapat kita katakan bahawa konsep yang ditawarkan oleh Islam adalah satu-satunya konsep dan program hidup yang sesuai dengan fitrah manusia. Buku ini juga memiliki kelebihan-kelebihan dibandingkan dengan buku yang lainnya. Ini kerana pembahasan di dalamnya merujuk kepada Al-Quran dan hadis, pandangan para ulama dan idea-idea cemerlang para pakar pendidikan. Antara kelebihan-kelebihan di dalam buku ini adalah:
l. Menjelaskan kaedah pembelajaran akhlak dan adab
2. Membuat kisah-kisah yang sesuai dengan semua tahap umur
3. Menyebutkan petunjuk-petunjuk dan wasiat-wasiat pada setiap fasa
4. Menyebutkan pula beberapa soalan yang sering dilontarkan oleh anak dan cara menjawabnya
5. Menyebutkan tatacara penyembuhan anak apabila si kecil sakit dan cara-cara bermuamalah dengannya, sehingga doktor dating
6. Membuat soalan dan latihan-latihan yang disertakan pada setiap kisah atau pelajaran yang mungkin dapat diajarkan
Semoga dengan terbitnya buku ini dapat menjadi rujukan bagi para pendidik, para guru, ibubapa dan bagi mereka yang mengambil berat tentang pendidikan.
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.