SUAMI MITHALI IDAMAN SEORANG ISTERI
- Brand: Jasmin Publications
- Product Code: 9789832565826
- Availability: 100
- RM17.50
Available Options
TAJUK BUKU | SUAMI MITHALI IDAMAN SEORANG ISTERI |
PENULIS | MOHD. HASNAWI ZAINAB |
NO ISBN | 9789832565826 |
HARGA | RM 17.50 (S’JUNG), RM 19.50 (S/S) |
MUKA SURAT | 380 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 ½ X 8 ½ |
BERAT | 409g |
SINOPSIS
Kewujudan lelaki dan perempuan merupakan dua dasar pokok dalam kehidupan keluarga. Namun sesuai dengan undang-undang penciptaan kaum lelaki lebih mengutamakan akal berbanding perasaannya. Berkenaan dengan itu, Allah SWT melimpahkan sewenang kepada kaum lelaki untuk memimpin bahtera hidup rumahtangga. "Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum perempuan, oleh kerana Allah telah Iebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan) dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian harta mereka."
Allah SWT melimpahkan tugas dan tanggungjavvab yang jauh lebih berat dan sulit kepada kaum lelaki berbanding yang diberikan kepada kaum perempuan. Dengan kapasiti dan kemampuan akalnya, seorang lelaki dapat mengatur kehidupan rumah tangga dengan baik. Dengannya, kebahagiaan hidup berkeluarga nescaya akan dapat diraih.
Rasulullah SAW bersabda, "Allah SWT akan menanyakan kepada setiap pemimpin tentang bagaimana keadaan yang dipimpinnya, dijaga atau tidak, sampai kemudian Allah bertanya kepada kaum lelaki perihal keluarganya."
Seorang lelaki harus memahami bahawa wanita adalah manusia seperti dirinya yang memiliki hak untuk berharap dan hidup bebas. Maksud dilangsungkan perkahwinan bukanlah untuk menundukkan kaum perempuan di bawah telapak kaki lelaki. Namun lebih dimaksudkan sebagai cara memilih teman atau pasangan hidup yang sesuai, yang dipandang mampu memberi kesenangan dalam keseharian hidup, memahami keinginan serta kehendak batinnya, dan selalu ikut merasakan apa yang dirasakannya (selalu bersimpati). Kaum lelaki tidak mampu menganggap bahawa kaum wanita mampu dimiliki secara mutlak. Sebabnya, kaum wanita juga memiliki sejumlah hak yang harus dipenuhi pihak lelaki.