IJTIHAD UMAR BIN KHATTAB – DALAM PENETAPAN SYARIAT ISLAM
- Brand: Jasmin Publications
- Product Code: 9789832179719
- Availability: 100
- RM39.50
Available Options
TAJUK BUKU | IJTIHAD UMAR BIN KHATTAB – DALAM PENETAPAN SYARIAT ISLAM |
PENULIS | DR. MUHAMMAD BALTAJI |
NO ISBN | 9789832179719 |
HARGA | RM 39.50 (S’JUNG) / RM 43.50 (SS) |
MUKASURAT | 644 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 ¾ X 8 ¾ |
BERAT | 785g |
SINOPSIS
Manhaj ertinya cara yang digunakan. Kita tidak dapat menghuraikan adanya keyakinan dan kesungguhan berfikir jika kita tidak menetapkan secara muktamad terlebih dahulu cara berfikir yang digunakan. Jika tidak ada manhaj berfikir yang dianuti, maka proses berfikir yang dicurahkan hanya membuang tenaga secara sia-sia, dan tidak mencapai sasaran. Dalam memikirkan perkara apa pun, akal manusia selalu menata alur pemikiran serapi mungkin untuk mencapai sasaran yang diharapkan, dengan cara menyusun premis-premis yang akan menghasilkan kesimpulan atau mencari sebab-sebab untuk mengenalpasti akibat.
Jika kita katakan “Manhaj Umar bin Khattab” dalam penetapan hukum, maka yang dimaksudkan adalah manhaj berfikir yang digunakan oleh Umar ketika dia menetapkan sesuatu hukum.
Sangat tepat jika pembahasan ini kita mulai dengan terlebih dahulu menentukan masa ijtihad Umar. Secara global, tempoh waktu tersebut adalah setelah wafatnya Rasulullah s.a.w. sehingga meninggalnya Umar. Benar, jika sewaktu Rasulullah s.a.w. masih hidup, Umar banyak melakukan ijtihad-ijtihad, namun ijtihad yang dilakukan Umar pada waktu itu hanya sebatas sumbangan idea kepada Rasulullah s.a.w. di dalam masalah-masalah yang pemecahannya menggunakan manhaj syura (mesyuarat). Atau di dalam masalah-masalah yang mana Umar memiliki pendapat sendiri yang menurutnya mengandungi kemaslahatan bagi kaum muslimin pada zaman Rasul.
Pendapat-pendapat Umar ini seringkali sesuai dengan wahyu yang kemudian diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. seperti yang terjadi pada waktu penentuan nasib tawanan Perang Badar, penetapan maqam Ibrahim sebagai tempat solat, masalah hijab, keputusan untuk tidak melakukan solat jenazah Abdullah bin Ubay ketika beliau meninggal dunia dan sebagainya.
Tags: IJTIHAD UMAR BIN KHATTAB – DALAM PENETAPAN SYARIAT ISLAM