JALAN ORANG-ORANG SOLEH
- Brand: Jasmin Publications
- Product Code: 9789675047008
- Availability: 100
- RM59.00
Available Options
TAJUK BUKU | Jalan Orang-Orang Soleh |
PENULIS | Ibnu Al-Maqdisi |
NO ISBN | 9789675047008 |
HARGA | RM 59.00 (S’jung), RM 64.90 (S/S) |
MUKA SURAT | 582 (KULIT TEBAL) |
SAIZ | 7 X 10 |
BERAT | 1.085g |
SINOPSIS
Suatu hari saya memerhatikan buku Minhajul-Qashidin karangan Al-Imam Al-Alim Jamaluddin Ibnu Al-Jauzi Rahimahullah, yang saya lihat sebagai buku yang sangat penting dan banyak manfaatnya, sehingga saya berminat mengkaji dan mengamatinya sekali lagi.
Dalam pengamatan kali kedua ini, saya mendapati bahawa isi kandungannya jauh lebih hebat daripada apa yang saya sangkakan sebelumnya, sebuah buku yang dihuraikan secara panjang lebar. Oleh yang demikian, saya ingin memberi sedikit catatan terhadap buku Mukhtashar (ringkasan) ini, yang di dalamnya terkandung pelbagai tujuan.
Buku ini banyak membincangkan tentang beberapa permasalahan yang sentiasa dekat di dalam kehidupan kita sehari-hari, iaitu yang berkaitan dengan masalah yang sering dibahas di dalam buku-buku feqah. Namun demikian, objektif daripada penulisan buku ini tidak hanya terbatas sampai di sini sahaja.
Saya tidak akan terlalu mengambil kira tentang sistematik penyusunan buku ini dan kesesuaian di dalam memilih kata-kata. Tapi yang pasti, saya membuat perbahasan dengan cara yang seringkas-ringkasnya. Saya juga menyertakan hadis-hadis yang tidak terlalu panjang, iaitu yang sesuai dengan perbahasan.
Berikut ini adalah kata pengantar yang disampaikan oleh Mushannif (Ibnu Al-Jauzi):”Wahai orang yang jujur dan tabah! Mungkin sahaja selama ini kamu tekun dan terpesona dengan kenikmatan dunia yang memang amat menarik perhatian dan memutuskan diri kamu daripada urusan akhirat, sedangkan kamu sendiri tahu bahawa bergaul dengan manusia bererti kamu harus sentiasa berhubungan secara terus dengan mereka. Sementara mengabaikan muhasabatun-nafsi (menghisab diri sendiri) merupakan sikap yang berlebih-lebihan. Seandainya umurmu ditakdirkan tidak panjang maka kamu pasti akan meninggalkan dan melupakan kenikmatan dunia itu. Hembusan-hembusan nafas juga terlalu cepat menghampiri kematian. Apabila kamu sudah merasa gelisah, maka kamu akan nnencari sebuah buku sebagai peneman ketika sedang bersendirian dan membacanya tanpa banyak berbicara. Ternyata pilihanmu jatuh kepada kitab Ihya’ Ulumiddin, kerana kamu menganggap buku inilah yang paling sesuai dan amat bagus.
Tags: JALAN ORANG-ORANG SOLEH