NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | KEHIDUPAN PARA SAHABAT |
PENULIS | MAHMUD THU’MAH HALABI |
NO ISBN | 9789675047015 |
HARGA | RM 38.00 (S’JUNG) / RM 42.00 (SS) |
MUKASURAT | 370 (KULIT TEBAL) |
SAIZ | 7 X 10 |
BERAT | 758g |
SINOPSIS
Sahabat Rasulullah s.a.w. adalah orang yang dekat dan hidup pada zaman kerasulan. Mereka adalah orang-orang yang telah melaksanakan syiar-syiar Islam sebagaimana Rasulullah mengerjakan selama hidupnya. Oleh sebab itu barangsiapa yang beriman kepada Allah maka dia wajib beriman kepada rasul-Nya dan para sahabat. Sebagaimana dalam hadis disebutkan, “Barangsiapa yang mentaatiku maka ia telah mentaati Allah, barangsiapa yang berbuat maksiat kepadaku maka ia telah berbuat maksiat kepada Allah, barangsiapa yang mentaati khalifahku maka ia telah mentaatiku, dan barangsiapa yang berbuat maksiat kepada khalifahku maka ia telah berbuat maksiat kepadaku.”
Dalam buku ini dijelaskan secara terperinci bagaimana hakikat sebenar kehidupan para sahabat Rasulullah SAW. Mereka adalah orang yang suka berdakwah, seluruh kehidupan mereka ditumpukan untuk menjalankan perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Selain itu, mereka ini adalah orang- orang yang tabah dalam berdepan dengan pelbagai bentuk cabaran. Mereka sanggup dimaki hamun oleh orang-orang yang tidak suka menerima dakwah, sanggup menerima keperitan hidup dengan segala bentuk cubaan kukuh dalam mempertahankan nilai-nilai iman seperti apa yang dialami oleh Bilal bin Rabah demi mempertahankan kalimat laa ilaa ha illa Allah. Sebagai ringkasannya bahawa kehidupan para sahabat dipenuhi oleh zikir, jihad, dakwah dan ibadah.
Oleh itu, untuk mengetahui secara mendalam bagaimana kehidupan para sahabat tersebut, dapat dilihat dalam buku yang ringkas ini semoga ianya dapat memberikan panduan dalam menjalankan nilai-nilai Islam.
Tags: KEHIDUPAN PARA SAHABAT
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.