BIMBINGAN DOA & ZIKIR HARIAN UNTUK ANAK SOLEH
- Brand: Jasmin Publications
- Product Code: 9789832087175
- Availability: 100
- RM12.00
Available Options
TAJUK BUKU | Bimbingan Doa & Zikir Harian Untuk Anak Soleh |
PENULIS | Abu Muhammad ‘Afif |
NO ISBN | 9789832087175 |
HARGA | RM 12.00 (S’jung), RM 13.00 (S/S) |
MUKA SURAT | 240 (kulit nipis) |
SAIZ | 5 ½ X 8 ½ |
BERAT | 261g |
SINOPSIS
Buku ini mencukupi lima bahagian utama: Bahagian Pertama, iaitu Syahadah dibincangkan serba ringkas tentang syahadah dan pengertiannya. Di samping itu dibincangkan pula rukun Islam dan rukun Iman secara sepintas lalu.
Bahagian kedua membincangkan agak terperinci tentang adab-adab harian yang diajarkan oleh lslam. Adah-adab ini elok diamalkan sebaik sahaja membacanya kerana ia melibatkan adab-adab dalam kegiatan harian umat Islam.
Bahagian ketiga tentang himpunan doa-doa yang disesuaikan dengan kehidupan seharian. Bahagian ini dimulai dengan doa kepada ibu bapa, mengingat peranan dan jasa ibu bapa membentuk peribadi setiap manusia sangat besar dan mustahil dapat dibalas dengan pemberian yang bersifat kebendaan semata-mata.
Bahagian keempat ialah Asmaul Husna. Selain ditulis dalam tulisan Khat Arab yang indah, kesemua nama Allah Yang Agung ini juga ditulis dengan tulisan Rumi untuk memudahkan pembaca yang belum boleh membaca tulisan Arab dengan baik. Bahkan setiap asma’ (nama) Allah yang Agung tersebut diberi terjemahan dalam Bahasa Melayu, lalu diberi pengertiannya secara ringkas.
Bahagian kelima atau bahagian penghabisan ialah surah-surah hafalan yang diambil dari surah-surah pendek (juz ‘amma) dalam al-Quran.