NASIHAT RASULULLAH SAW AGAR SUAMI ISTERI MAKIN SAYANG
- Brand: Pustaka Ibnu Katsir Sdn Bhd
- Product Code: 9789670932156
- Availability: 100
- RM23.50
Available Options
TAJUK |
NASIHAT
RASULULLAH SAW AGAR SUAMI ISTERI MAKIN SAYANG |
PENULIS |
AMRU ABDUL MUNIM
SALIM |
NO ISBN |
9789670932156 |
HARGA |
RM 23.50 (S'JUNG)
, RM 25.50 (S/S) |
MUKA SURAT |
337 (KULIT NIPIS) |
SAIZ |
6 x 9 |
BERAT |
452 g |
SINOPSIS
Rasulullah SAW adalah contoh teladan dan
ikutan dalam semua urusan kehidupan. Baginda SAW adalah contoh utama dalam
menggapai kesempurnaan insani dan kesuluruhan peradaban. Ajarannya merupakan
petunjuk yang membawa manusia kepada jalan yang lurus dan pedoman untuk
mewujudkan keseimbangan yang didambakan oleh semua insan.
Di dalam buku ini, dipaparkan contoh tauladan daripada kehidupan
rumahtangga Nabi SAW. Ini berkaitan dengan cara baginda SAW berinteraksi dengan
keluarganya, baik di dalam mahupun di luar rumah.
Perbahasannya akan berkisar pada fiqh keluarga muslim. Disokong
dengan usaha mencari penyelesaian tambahan agar karakteristik dan keistimewaan
rumahtangga Islam tetap terpelihara. Sebuah rumahtangga Islam tidak boleh goyah
menghadapi ujian dan fitnah yang mahu mencerai-beraikan jalinan keluarga dan
mengeluarkannya daripada sistem yang dikehendaki Allah SWT. Sebabnya, hanya sistem
itulah yang kuat dan selamat untuk membimbing generasi Islam menggapai tujuan
mulia.
Amalkanlah tip-tip dan kaedah yang diajarkan dalam buku ini. Insya Allah maka wujudlah rumahtangga sakinah.