NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU |
BEAUTIFUL TARBIAH FOR MUSLIMAH |
PENYUSUN |
MUHAMMAD MAHMUD |
NO ISBN |
9789670528939 |
HARGA |
RM 22.00 (S’JUNG) / RM 24.00 (SS) |
MUKASURAT |
308 (KULIT NIPIS) |
SAIZ |
6 X 9 |
BERAT |
422g |
SINOPSIS
Saudari, jika ada rasa tidak gembira menjadi perempuan,
buang jauh-jauh rasa ini. Kerana ini hanyalah perasaan sendiri kerana tidak
mahu menilik ke dalam diri. Ya, kadang-kadang tanpa kita sedari, seringkali
perempuan tidak percaya diri, percaya diri menjadi seorang perempuan. Padahal
perempuan itu memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh para lelaki.
Maklum sahaja, ini disebabkan oleh pandangan kaku yang meletakkan perempuan
sekadar penghias rumah, pengabdi pada suami dan hanya berurusan dengan dapur.
Siapakah yang boleh menyangkal, bahawa seluruh manusia lahir
dari rahim seorang perempuan? Tidak ada, bukan. Bahkan Nabi Muhammad SAW pun,
lahir dari rahim seorang ibu, Aminah. Nabi Isa, konon tanpa seorang bapa, juga
lahir dari seorang perempuan suci, Maryam. Inilah satu penghormatan bagi kaum
perempuan, melahirkan generasi demi generasi, penerus agama dan pejuang
kehidupan. Satu kehormatan yang tidak diperoleh oleh kaum lelaki. Maka
berbangga dan bersyukurlah wahai semua manusia!
Mujahid mengatakan, manusia diwasiatkan berbuat baik pada
ibu, disebabkan hanyalah ibulah yang menanggung penderitaan sebelum dan sesudah
melahirkan manusia. Sembilan bulan dia kandung manusia, kemudian dia sapih
selama dua tahun. Segenap cinta dia curahkan, tanpa mengeluh sehingga teramat
sesuai jika perempuan mendapat penghormatan luar biasa dalam Islam.
Kebahagiaan adalah lenyapnya kepedihan, hilangnya
permusuhan, hidup dihiasi amal soleh dan jiwa tidak ditunggangi oleh hawa
nafsu.
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.