SEMPURNAKANLAH SOLAT ANDA AGAR TAK SIA-SIA
- Brand: Jasmin Publications
- Product Code: 9789670528946
- Availability: 100
- RM25.00
Available Options
TAJUK BUKU |
SEMPURNAKANLAH SOLAT ANDA AGAR TAK SIA-SIA |
PENULIS |
KHALID ABU SYAADI |
NO ISBN |
9789670528946 |
HARGA |
RM 25.00 (S’JUNG) / RM 27.00 (SS) |
MUKASURAT |
321 (KULIT NIPIS) |
SAIZ |
6 X 9 |
BERAT |
450g |
SINOPSIS
Rasulullah SAW memberitahu bahawa agama Islam itu dibina
berpandukan lima tiang. Dengan adanya tiang, maka dapat ditegakkan dinding
suatu bangunan dan dapat diletakkan bumbung di atasnya. Apabila tiang-tiang ini
roboh, maka hancurlah seluruh dinding dan bumbungnya.
Kelima-lima tiang ini adalah mengucapkan dua kalimah
syahadah, solat, zakat, haji dan puasa.
Tidak diragukan lagi, solat merupakan salah satu rukun yang
paling utama setelah dua kalimah syahadah, kerana solat merupakan ibadah yang
paling baik dan paling dekat dengan Allah. Di samping pula solat merupakan
penghubung antara hamba dan Tuhannya. Solat juga dapat diertikan sebagai
rangkaian memperbaharui janji antara hamba dan Tuhannya selama sehari. Ketika
suara azan berkumandang (marilah menuju kemenangan), maka seseorang datang
mengadap Tuhannya dengan penuh rasa tawaduk dan khusyuk. Kemudian dia berdiri
di dalam masjid dengan penuh kerendahan diri, takut kepada azab-Nya dan haus
akan rahmat-Nya. Kemudian dia bermunajat kepada Tuhannya dengan penuh
mengagungkan nama dan sifat-sifat-Nya, melantunkan puji-pujian kepada-Nya,
meletakkan kening dan hidungnya ke tanah sebagai tanda kerendahan diri,
berserah diri kerana kebesaran-Nya, sekalipun hamba itu seorang yang mulia di
mata manusia.
Aku tidak melihat ada satu ibadah seperti solat yang mampu
menjadikan hamba menggambarkan kesempurnaan kehambaannya dan sangat berharap
kepada sang pencipta.