HIDUPKAN HIDUPMU DENGAN ZIKRULLAH, DOA, SURAH-SURAH DAN AYAT-AYAT AL-QURAN
- Brand: Pustaka Ibnu Katsir Sdn Bhd
- Product Code: 9789670932200
- Availability: 100
- RM28.00
Available Options
TAJUK BUKU |
HIDUPKAN HIDUPMU DENGAN ZIKRULLAH, DOA, SURAH-SURAH DAN AYAT-AYAT AL-QURAN |
PENULIS |
MANSUR HAKIM / MUHAMMAD HARUN ZEIN |
NO ISBN |
9789670932200 |
HARGA |
RM 28.00 (S’JUNG) / RM 31.00 (SS) |
MUKASURAT |
367 (KULIT NIPIS) |
SAIZ |
6 X 9 |
BERAT |
500g |
SINOPSIS
Rasulullah SAW sendiri telah banyak memberikan doa dan zikir
yang dapat membantu kita di setiap waktunya dari kehidupan kita. Semua doa dan
zikir tersebut dikutip daripada Al-Quran. Semuanya mengungkapkan nilai ibadah
yang dipersembahkan hanya kepada Allah SWT. Tidak diragukan lagi bahawa
Rasulullah SAW adalah hamba Ilahi yang paling mengenal-Nya, yang paling
bertakwa dan yang paling mulia dalam hal memuji Allah SWT. Ya Allah, sampaikan
selawat dan salam kepada Rasulullah SAW pemilik kedudukan terpuji di sisi-Mu.
Dalam kitab al-Adzkar, Imam Nawawi berkata: “Ketahuilah
bahawa keutamaan zikir tidaklah terbatas pada tasbih, tahlil, tahmid, takbir
dan sebagainya, akan tetapi zikir setiap perbuatan taat kepada Allah juga
termasuk zikir.
Menjadi sebuah kemuliaan bagi golongan yang gemar berzikir,
dengan mendapatkan empat pemberian Ilahi. Di dalam Sahih Muslim, daripada Abu
Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah SAW pernah bersabda, “tidaklah satu kaum
itu duduk berzikir kepada Allah SWT melainkan para malaikat mengitari mereka,
diliputi dengan rahmat Ilahi, diwarnai dengan ketenangan dan diingat-Nya.”
Semoga buku ini menjadi dorongan dan inspirasu dengan
mengamalkan doa, zikir, ayat-ayat Al-Quran dalam kehidupan seharian.
Tags: HIDUPKAN HIDUPMU DENGAN ZIKRULLAH, DOA, SURAH-SURAH DAN AYAT-AYAT AL-QURAN