NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU |
SOLATKU OKSIGENKU |
PENULIS |
DR. ALI AHMAD AL-KHATIB |
NO ISBN |
9789670932163 |
HARGA |
RM 38.00 (S’JUNG) / RM 42.00 (SS) |
MUKASURAT |
530 (KULIT NIPIS) |
SAIZ |
6 X 9 |
BERAT |
720g |
SINOPSIS
Tidak lama
lagi sang fajar akan terbit. Akan tetapi, fajar yang sebentar lagi terbit ini
bergantung pada eksistensi kita dalam menorehkan satu bidang luas atau panjang
garis tertentu.
Namun bila
mana kita keluar dari batas-batas peribadi kita, nescaya kita akan mendapati
pada setiap saat. Bahkan setiap detik di dunia ini, fajar baru yang terbit
bersinar menerangi alam ini.
Setiap saat
terdapat seruan, “Hayya ‘alash shalah”, panggilan yang ditujukan demi
(mewujudkan) kehidupan yang lain. Kehidupan yang terbina di atas asas yang
berbeza, asas yang terbina oleh solat kita.
Ia adalah
kehidupan yang “oksigen”nya adalah solat. Itulah kehidupan yang sebenarnya,
yang memandang kehidupan lain sebagai kematian yang menenangkan.
Pada setiap
fajar, di setiap saat, akan terdapat seruan, “Ash-solatu khairun minan naum.” Seruan
itu bukan untuk membangunkan kenyenyakan manusia di atas katil. Akan tetapi,
juga membangunkan keterlelapan tidur lampau yang bersinonim dengan kematian
secara klinikal, bezanya mereka berjalan di sepanjang keterlelapan mereka. Mereka
juga tetap makan, berjalan di pasar-pasar, menikah dan melahirkan anak. Dengan kata
lain, mereka tahu bagaimana meneruskan tidur di sela-sela semua itu.
Keadaan sebegini
membuatkan penulis, rasa terpanggil untuk berkongsi idea-idea cemerlangnya
dalam buku yang ada di tangan anda ini. Buku ini mengupas perbahasan tentang
solat dari sudut pandang yang berbeza. Kebanyakan buku bertema solat biasanya
membahas tentang gerakan, bacaan dan tatacara solat dari segi hukum fiqh dan
dalil-dalilnya. Sementara buku ini memaparkan kepada kita apa makna yang
tersirat di sebalik semua gerakan, bacaan dan tatacara solat kita. Oleh yang
demikian, diharapkan setelah membaca buku ini, solat kita menjadi lebih bermakna,
bukan hanya sekadar gerakan-gerakan dan bacaan-bacaan yang tidak kita faham
maksudnya.
Semoga dengan
membaca buku ini solat yang kita tunaikan boleh memberikan kesan kebaikan tidak
hanya untuk diri peribadi, tetapi juga untuk masyarakat, bangsa dan umat. Amin ya
Rabbal ‘Alamin.
Tags: SOLATKU OKSIGENKU
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.