NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | GUNUNG DAN SEMUTPUN SELALU BERDOA |
PENULIS | DR MUSA AL-KHATIB |
NO ISBN | 9789670398815 |
HARGA | RM 8.00 (S'UJUNG) / RM 9.00 (SS) |
MUKASURAT | 115 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 6 X 8 3/4 |
BERAT | 172 g |
SINOPSIS
Bumi tempat kita hidup ini, berserta pelbagai benda dan
makhluk yang ada padanya, seperti gunung, lembah, lahan kering dan basah adalah
bola yang mengembang di angkasa. Ia berputar dan mengitari matahari. Ini merupakan
kenyataan ilmiah dan seperti yang diungkapkan ayat-ayat Al-Quran. Bila manusia
mahu merenungkan dan memikirkan bumi, dia tidak mampu selain bersujud kepada
Allah yang sebahagian tanda keagungan-Nya nampak jelas di planet bumi ini. Makhluk-makhluk
berupa tumbuh-tumbuhan, haiwan dan manusia, bukankah semua ini adalah bukti
keberadaan-Nya dan petunjuk akan kebaikan serta kedermawanan-Nya?!
Berhubung kait dengan makhluk-makhluk ini, ilmu pengetahuan
dan para ilmuwan telah berjaya mengungkap pelbagai penemuan yang mengagumkan
sekaligus membuka, juga kenyataan-kenyataan yang ganjil lagi aneh. Sehingga,
setiap makhluk ini tidak kalah indah dan menakjubkan dari dunia luar angkasa
yang dihiasi gemerlap bintang-bintang langit. Ini memandangkan Al- Quranul
Karim tidak meninggalkan satu perkara kecil mahupun besar kecuali telah
menyinggungnya, maka dalam lembaran-lembaran kita suci ini kita mendapat
sesuatu yang secara jelas menunjukkan adanya ‘bahasa burung dan haiwan-haiwan
lain’.
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.