NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | JANGAN ASAL BERIMAN |
PENULIS | AHMAD BIN MUHAMMAD BIN AJIBAH AL-HASANI |
NO ISBN | 9789670398174 |
HARGA | RM 48.50 (S'UJUNG) / RM 52.50 (SS) |
MUKASURAT | 795 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 3/4 X 8 3/4 |
BERAT | 932 g |
SINOPSIS
Syeikh Zaruq r.a mengatakan bahawa jika Allah ingin
menghinakan seorang hamba, maka Dia akan menyibukkannya dalam urusan lahir
dengan melayani makhluk, dan dalam urusan batin dengan mencintainya. Dia akan
sentiasa seperti itu, hingga cahaya mata hatinya terhapus. Setelah itu, cahaya
mata lahir menguasai mata hatinya, sehingga dia tidak boleh melihat selain
segala yang inderawi. Kemudian dia bersungguh-sungguh mencari rezeki yang telah
diberikan dan telah dijaminkan untuknya. Dia lengah dari kewajipan yang
dituntut darinya. Jika puncak kesungguhan adalah ketenggelaman (ketekunan), dan
puncak kelengahan adalah meninggalkan, maka puncak keterhapusan mata hati
adalah kebutaan, iaitu kekufuran, na’udzu billah. Sungguh, dunia itu seperti
sungai Thalut; tidak ada yang selamat darinya selain orang yang tidak meminum
airnya atau yang mengambil hanya segenggaman tangannya: bukan yang minum untuk
memuaskan dahaganya. Syeikh Abu al-Hasan mengatakan.
“keadaan mata hati seperti mata lahir. Hal paling rendah
yang timbul dalam keadaan itu adalah ketika mata terhalang untuk melihat,
walaupun tidak buta. Kerana, refleksi benda boleh mengganggu penglihatan dan
mengotori fikiran, keinginan terhadapnya boleh menghilangkan inti kebaikan, dan
menyibukkan diri dengannya boleh menghilangkan keagungan keislamannya dan
memunculkan keburukannya, jika dia terus berada dalam keburukan, maka lepaslah
seluruh keislamannya. Jika dia sampai pada kejadian yang dialami orang-orang
dan terus berada dalam kegelapan kerana mencintai keagungan, kedudukan dan
dunia, serta meninggalkan akhirat, maka seluruh keislamannya lepas. Jangan sekali-kali
perkara yang lahirnya kau anggap indah menipumu, kerana perkara itu tidak ada
intinya. Islam adalah mencintai Allah dan mencintai hamba-hamba Allah yang
soleh.”
Tags: JANGAN ASAL BERIMAN
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.