GERBANG CINTA
- Brand: Pustaka Ibnu Katsir Sdn Bhd
- Product Code: 9789670398044
- Availability: 100
- RM25.00
Available Options
TAJUK BUKU | GERBANG CINTA |
PENULIS | KHALID ABDUL RAHMAN AL-'IKK |
NO ISBN | 9789670398044 |
HARGA | RM 25.00 (S'UJUNG) / RM 28.00 (SS) |
MUKASURAT | 449 ( KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 3/4 X 8 3/4 |
BERAT | 550 g |
SINOPSIS
Ketahuilah, bahawa kehidupan pasangan suami-isteri
merupakan kehidupan manusia yang paling penting yang dilewati oleh setiap
lelaki dan perempuan. Kehidupan suami-isteri merupakan bahagian terbesar yang
paling menyibukkan dalam kehidupan keduanya. Jika kehidupan pasangan
suami-isteri itu terwujud dengan didasari saling cinta, saling sepadan dan
saling memahami, maka kehidupan keduanya akan bahagia, aman, mantap dan penuh
kasih sayang. Hanya kehidupan seperti itulah akan menimbulkan generasi yang
baik yang mengenal nilai kehidupan dan kebahagiaan, meskipun dipenuhi berbagai
tentangan dan pertanggung jawaban. Kerana itu, kehidupan suami-isteri yang
bahagia dan tenang menjadi tonggak yang paling kuat bagi setiap generasi yang
tumbuh.
Islam adalah agama yang kukuh dengan peraturan yang
lurus. Allah s.w.t menurunkan Islam demi untuk kebaikan kehidupan manusia di
dunia mahupun di akhiratnya. Mari kita lihat petunjuk Islam yang tinggi dan
mulia ketika mengarahkan lelaki dan wanita untuk melampiaskan nafsu biologisnya
dengan cara yang sihat dan wajar, iaitu antara seorang suami dan isteri yang
diikat dalam kehidupan suami-isteri dalam Islam.
Islam menggambarkan perkahwinan sebagai sumber
kebahagiaan, ketenteraman, ketenangan, dan keserasian. Kerana itu, perkahwinan
selalu didambakan oleh setiap lelaki mahupun wanita yang sempurna.
Allah s.w.t mensifati perkahwinan dalam empat hal, kecenderungan,
pakaian, ketenteraman, dan kasih sayang. Adakah yang lebih baik dari keempat
itu. Tentunya bagi pasangan suami-isteri tidak ada yang lebih diharapkan dari
perkahwinan mereka kecuali timbulnya rasa aman, ketenteraman, kebahagiaan dan
kedamaian.
Kami berharap, semoga buku ini menjadi pedoman bagi
setiap keluarga dan pasangan suami-isteri serta bakal pengantin.
Tags: GERBANG CINTA