3 LELAKI MISTERI DALAM AL-QURAN
- Brand: Pustaka Ibnu Katsir Sdn Bhd
- Product Code: 9789670398969
- Availability: 100
- RM65.00
Available Options
TAJUK BUKU | 3 LELAKI MISTERI DALAM AL-QURAN |
PENULIS | MUHAMMAD KHAIR RAMADHAN YUSUF |
NO ISBN | 9789670398969 |
HARGA | RM65.00 (S'UJUNG) / RM70.00 (SS) |
MUKASURAT | 602 (KULIT TEBAL) |
SAIZ | 7 X 10 |
BERAT | 1100 g |
SINOPSIS
Siapakah dia Khidir? Bilakah beliau dilahirkan? Adakah beliau
seorang nabi ataupun hanya sorang manusia yang soleh?
Jika beliau adalah seorang Nabi maka bilakah zaman beliau
diutuskan? Kaum manakah yang menjadi pengikut beliau? Jika sekiranya beliau
adalah seorang waliyullah, siapakah yang mendakwa sedemikian? Apakah dalilnya? Apakah
buktinya dan tanda kewalian beliau?
Adakah benar bahawa beliau telah bertemu dengan Nabi
Muhammad s.a.w dan telah meriwayatkan hadis dari baginda?
Apakah beliau masih hidup dan masih mendapat kurniaan
Allah hingga sekarang? Benarkah beliau masih lagi bertemu dengan manusia di
dunia ini?
Mengenai Luqman Al-Hakim, terdapat perselisihan pendapat
tentang diri Luqman dari beberapa aspek:
·
Adakah segala kata-kata hikmah, pepatah dan
perumpamaan yang disandarkan kepada Luqman, keluar dari seorang lelaki yang
sama, bernama Luqman?
·
Atau adakah terdapat beberapa individu lain sepertinya
yang diambil kata-kata dan pepatah mereka?
·
Atau adakah kata-kata hikmah dan pepatah yang
dilakarkan pena mengikut suasananya yang tertentu lantas ianya berbeza di
antara satu dengan lain… seakan-akan setiap zaman terdapat orang yang bernama Luqman?
· Atau adakah ianya merupakan kisah-kisah dongeng dan mitos yang dikaitkan dengannya, yang sama sekali menyimpang jauh dari reality sebenarnya?
Siapakah dia Zulkarnian? Jawapan saya kali ini pendek sekali dan saya telah tidak memerlukan kepada banyak dalil atau bukti, setelah segala tunjang teori golongan yang berpendapat dia ialah as-Shaab atau Iskandar atau Kaurasyh dimusnahkan.
Bahkan saya akan memberitahu anda (jawapan) dengan penuh
ketenangan, sekiranya anda inginkan jawapan yang melegakan, saya akan katakana:
Dia ialah Zulkarnanian al-Qur’ani!
Ya, benar. Dia ialah Zulkarnanian al-Qur’ani yang tiada
seorang pun dari golongan sejarawan yang akan mengetahui akan hakikat dirinya
lagi serta sejarahnya yang sebenar. Dia ialah Zulkarnanian al-Qur’ani yang
dinyatakan oleh Allah azza wa jalla di dalam kitab sucinya, serta Dia
memuji-mujinya dengan keimanan, kebaikan dan keadilan.
Buku ini membincangkan secara terperinci perihal 3 lelaki
misteri ini menurut Al-Quran, hadis dan fakta sejarah.
Penjelasan dan fakta-fakta menakjubkan yang jarang
ditemui di dalam mana-mana buku. Dapatkanlah buku yang lengkap ini dengan
mengikuti kisah-kisah yang hebat dan menakjubkan yang pasti sesuai dibaca oleh
kesemua golongan tanpa was-was.