APABILA BUMI DIGONCANGKAN
- Brand: Pustaka Ibnu Katsir Sdn Bhd
- Product Code: 9789670398464
- Availability: 100
- RM25.00
Available Options
TAJUK BUKU | APABILA BUMI DIGONCANGKAN |
PENULIS | IMAM SUYUTI |
NO ISBN | 9789670398464 |
HARGA | RM25.00 (S'JUNG) / RM27.50 (SS) |
MUKASURAT | 412 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 3/4 X 8 3/4 |
BERAT | 508 g |
SINOPSIS
Fasa yang dilalui manusia setelah kehidupan dunia
memiliki beberapa nama, di antaranya kiamat kecil, berzakh dan maut. Buku ini
memaparkan ketiga-tiganya secara terperinci.
Kiamat kecil adalah maut, setelah seseorang itu mati,
bererti telah terjadilah kiamatnya dan telah datanglah ajalnya. Dalam Sahih
Bukhari dan Sahih Muslim dari Aisyah r.a dikatakan bahawa beberapa orang Badwi
datang kepada Nabi s.a.w untuk bertanya tentang hari kiamat. Lalu baginda
melihat orang terkecil di antara mereka dan bersabda, “Seandainya dia ini
berumur panjang, dia tidak mendapat masa tuanya sehinggalah kiamat kamu
terjadi.”
Ibnu Katsir berkata, “Maksud hadis di atas adalah
berakhirnya umur mereka dan saat mereka masuk ke alam akhirat. Jadi setiap
orang yang meninggal bererti mereka akan masuk ke dalam hukum akhirat. Sebahagian
orang berkata, “Siapa yang meninggal bererti kiamatnya telah terjadi. Perkataan
dengan makna seperti ini adalah benar.”