NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | BIMBINGAN DOA-DOA IBU MENGANDUNG |
PENULIS | NURWADANI SYARKAWI |
NO ISBN | 9789671075616 |
HARGA | RM12.50 (S'UJUNG) / RM14.50 (SS) |
MUKASURAT | 254 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 X 7 1/2 |
BERAT | 235 g |
SINOPSIS
Adalah hal yang wajar, menjelang bersalin hati kedua
pasangan suami isteri berdebar-debar, cemas, takut dan gelisah bercampur
bahagia. Bagaimana tidak, keduanya akan dipercayai menjadi ibu bapa yang diberi
kepercayaan menjaga buah hati sebagai amanah dari Allah kepada mereka. Namun,
di sisi lain, si isteri akan berjuang hidup mati untuk melahirkan si buah hati
dengan nyawa sebagai taruhannya. Hal ini
tentu memerlukan persiapan mental agar mereka dapat menjalani dan
melaluinya dengan baik dan tenang.
Sebagai seorang mukmin yang beriman kepada Allah dan juga
takdir-Nya, tentu tidak akan terbawa oleh perasaan ini sehingga membuatnya
tenggelam dalam kesedihan dan kecemasan. Sungguh, proses bersalin adalah hal
alamiah yang wajar, dan merupakan sunnatullah ang dialami setiap wanita yang
akan melahirkan.
Allah tidak akan memberi beban kepada hamba-Nya, kecuali
sesuai dengan kesanggupannya. Apa yang akan terjadi, sudah tertulis dalam
suratan takdir Allah. Apabila keyakinan ini sudah tertanam dalam hati dan
fikiran kedua pasangan yang akan dianugerahi putera atau puteri tersebut,
lebih-lebih lagi bagi si ibu yang akan melahirkan, tentu mereka akan menghadapi
semua ini dengan biasa, wajar dan tenang.
Buku yang patut dimiliki oleh kaum muslimah yang sudah
berumah tangga, sedang mengandung dan bakal pengantin baru.
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.