ANDA INGIN KAYA DAN BAHAGIA, MAKA KAHWINLAH
- Brand: Pustaka Ibnu Katsir Sdn Bhd
- Product Code: 9789670398266
- Availability: 100
- RM14.00
Available Options
TAJUK BUKU | ANDA INGIN KAYA DAN BAHAGIA, MAKA KAHWINLAH |
PENULIS | FAHD KHALIL ZAID |
NO ISBN | 9789670398266 |
HARGA | RM14.00 (S'UJUNG) / RM15.50 (SS) |
MUKASURAT | 222 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 1/2 X 8 1/2 |
BERAT | 270 g |
SINOPSIS
Tidak dibenarkan jika ada seorang muslim yang sama sekali
tidak mahu menikah, padahal ia mampu dengan alasan ingin membujang kerana Allah
atau memusatkan untuk beribadah dan memutuskan diri dari nikmat kehidupan
dunia.
Nabi s.a.w telah memberitahu kepada beberapa orang
sahabatnya yang hanya ingin untuk beribadah sahaja. Di sini baginda memberitahu
bahawa perbuatan tersebut sudah menyimpang dari manhaj Islam dan berpaling dari
sunnahnya. Diriwayatkan dari Qalabah, beliau berkata: “ada beberapa orang dari
sahabat yang ingin menghindari dari kehidupan dunia, tidak menikah dan hanya
ingin beribadah sahaja.” Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda dengan sabda yang
lebih menekan, baginda bersabda: “Sesungguhnya kehancuran orang-orang sebelummu
disebabkan terlalu keras (terhadap suatu perkara). Mereka terlalu keras
terhadap diri mereka, maka Allah pun mengeraskan perkara mereka. Mereka itu
adalah orang-orang yang tinggal di rumah-rumah dan gereja-gereja mereka. Sembahlah
Allah dan jangan mempersekutukan-Nya, laksanakanlah haji dan berumrahlah serta
beristiqamahlah, maka Allah akan meluruskanmu.” Lalu turunlah firman Allah
kepada mereka yang berbunyi.
Tidak sesuai bagi seorang muslim menutup dirinya untuk
tidak menikah, disebabkan takut perkara rezeki atau beratnya beban yang dipikul
ketika sudah menikah. Oleh kerana ini, diwajibkan kepadanya untuk berusaha dan
melihat kurnia Allah dan pertolongan-Nya yang telah Dia janjikan kepada suami
isteri yang mana mereka berharap terhindar dan terjaga dari perlakuan yang
tidak baik. Allah s.w.t berfirman,
“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara
kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang
lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan
memampukan mereka dengan kurnia-Nya”(An-Nur:32)