KEAJAIBAN AIR ZAM-ZAM
- Brand: Pustaka Ibnu Katsir Sdn Bhd
- Product Code: 9789671075654
- Availability: 100
- RM12.00
Available Options
TAJUK BUKU | KEAJAIBAN AIR ZAM-ZAM |
PENULIS | MUHAMMAD ALI KHAIDAR BIN AHMAD |
NO ISBN | 9789671075654 |
HARGA | RM12.00 (S'UJUNG) / RM14.00 (SS) |
MUKASURAT | 149 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 1/2 X 8 1/2 |
BERAT | 196 g |
SINOPSIS
Ad-Dahhak bin Muzahim berkata, “Sesungguhnya Allah akan
mengangkat air tawar sebelum hari kiamat, dan semua air itu akan meresap selain
air zamzam. Bumi akan terurai isinya, termasuk emas dan perak, kemudian
seseorang akan datang membawa karung penuh emas dan perak seraya berkata, “Siapakah
yang mahu menerima barang ini dariku?” Kemudian seseorang lain berkata,
Seandainya engkau bawakan kelmarin, tentu aku akan menerimanya.”
Lebih dari itu, fakta nyata yang tidak boleh dibantah oleh
sesiapa pun adalah bermula sejak zaman Nabi Ismail a.s hinggalah sekarang ini
air zamzam tidak pernah habis sekalipun jutaan orang telah mengambilnya,
terutama pada bulan Ramadan dan bulan Haji. Orang yang melihat sumur zamzam
akan mendapat kenyataan bahawa permukaan airnya tidak pernah berubah, tidak berkurang
sekalipun telah diambil. Ia juga tidak memancar banyak sehingga mengalir di
muka bumi, juga tidak berkurangan, dalam erti tidak tersisa sama sekali.
Abdul Basit bin Abdul Rahman dalam buku Makkah
al-Mukarramah Fadhaa’iluha wa Tarikhuha (Makkah al-Mukarramah, Kelebihan dan
Sejarahnya) menyebutkan, bahawa sumur zamzam sudah berumur hampir 5000 tahun,
peritiwa selama 4946 tahun, sejak Nabi Ibrahim a.s hingga sekarang.
Cuba kita hitung berapa banyak air zamzam sudah diambil
sepanjang waktu itu? Bacalah buku ini sekiranya anda hendak mengetahui lebih
banyak kelebihan dan rahsia yang tersimpan dalam air zamzam.
Tags: KEAJAIBAN AIR ZAM-ZAM