NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | SEDARLAH, WAKTU ITU SINGKAT |
PENULIS | MUHAMMAD GHASSAN AL-JABBAN AL-JUNAIDI AL-HUSAINI |
NO ISBN | 9789670398228 |
HARGA | RM12.00 (S'UJUNG) / RM13.50 (SS) |
MUKASURAT | 179 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 1/2 X 8 1/2 |
BERAT | 223 g |
SINOPSIS
Masa atau
waktu di dunia tidak sama dengan masa atau waktu yang berlaku di akhirat. Satu jam
yang disebutkan di dalam Al-Quran bukan terdiri daripada enam puluh minit
sepertu yang di fahami manusia di dunia ini. Hitungan satu hari di dalam
Al-Quran bukan dua puluh empat jam seperti yang diketahui manusia dalam
kehidupan dunia ini… tetapi mungkin saja seperti seribu tahun atau bahkan lebih…
Kedua:
Rasulullah SAW juga mengimbau kita kepada betapa besarnya nikmat masa, seperti
yang disebutkan di dalam hadis:” Ada dua nikmat yang membuat ramai manusia
terpedaya dan lalai, iaitu nikmat kesihatan dan nikmat masa terluang.”
Setiap bangsa,
umat dan negara memiliki perbezaan antara satu sama lain. Ada yang mengalami
kemajuan, namun ada juga yang mengalami kemunduran. Perbezaan ini tentunya
kembali kepada kemampuan mereka dalam mengolah dan memanfaatkan masa secara
berkesan
Di dalam
berbagai perusahaan besar yang tersebar di seluruh dunia, khususnya di
negara-negara maju, para pakar dan ahli yang berada di sebalik layar
kejayaannya selalu focus membuat sasaran dan program kerja merealisasikan
penghasilan keunggulan di dalam jumlah sebesar-besarnya hanya dalam masa yang
sesingkat-mungkin. Tidak pernah sedikit pun masa mereka terbuang sia-sia kerana
masa bagi mereka sama saja nilainya dengan harta…
Jika masa
dalam pandangan kalangan Barat memiliki nilai yang sama dengan harta, maka
menurut Islam masa justeru memiliki tanggapan yang lebih meluas dan mendalam. Masa
adalah saranan untuk menghasilkan harta, pengetahuan, kemajuan spiritual dan
peningkatan ibadah yang semuanya bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah
SWT.
Tags: SEDARLAH, WAKTU ITU SINGKAT
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.