RANJAU BERDURI DALAM KEHIDUPAN RUMAH TANGGA
- Brand: Pustaka Ibnu Katsir Sdn Bhd
- Product Code: 9789670398204
- Availability: 100
- RM12.00
Available Options
TAJUK BUKU | RANJAU BERDURI DALAM KEHIDUPAN RUMAH TANGGA |
PENULIS | SALMAH BINTI MUHAMMAD |
NO ISBN | 9789670398204 |
HARGA | RM12.00 (S'UJUNG) / RM13.50 (SS) |
MUKASURAT | 179 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 1/2 X 8 1/2 |
BERAT | 226 g |
SINOPSIS
Buku ini
sangat baik untuk dibaca secara bersama-sama oleh pasangan suami isteri. Ini
kerana walaupun perbahasan dalam buku ini saya kelompokkan kepada dua bahagian:
pertama, ditujukan kepada para isteri dan kedua, ditujukan untuk para suami,
namun kedua-kedua perbahasan tersebut saya tulis untuk dibaca oleh kedua-duanya,
agar mereka mengetahui hak dan kewajipan masing-masing.
Permasalahan-permasalahan
tersebutlah yang saya rangkum lalu saya tulis, kemudian terhasillah buku ini,
saya berharap agar buku ini dapat dipersembahkan ke hadapan seluruh pasangan
suami isteri, serpihan-serpihan bunga mawar yang selama ini berserakan di dalam
rumah kita dan disekeliling kehidupan kita yang indah. Di dalam buku ini saya
juga ingin mengingatkan bahawa tidak ada bunga mawar yang tidak berduri.
Seperti
itulah kehidupan rumah tangga kita. Ia akan selalu dihiasi dengan keindahan
bunganya dan ketajaman duri-durinya.
Yang menjadi
pertanyaan adalah, mampukah kita menghadapi kenyataan seperti itu?
Buku ini
adalah jawapannya. Ini kerana, perbahasan dalam buku ini adalah
perbicaraan-perbicaraan yang kerap kali terjadi di antara suami isteri. Oleh
kerana itu, saya sangat berharap agar buku ini dapat dijadikan sebagai bahan
perbicaraan dan bahan panduan untuk menyelesaikan setiap permasalahan mereka.