NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | ENSIKLOPEDIA KISAH PARA NABI |
PENULIS | IBNU KATSIR |
NO ISBN | 9789670398297 |
HARGA | RM100.00 (S'UJUNG) / RM105.00 (SS) |
MUKASURAT | 791 (KULIT TEBAL) |
SAIZ | 8 1/2 X 12 |
BERAT | 1670 g |
SINOPSIS
Allah SWT
menjadikan Adam, sebagai bapa manusia, dengan tangan-Nya yang mulia. Membentuk tubuhnya
dan meniupkan roh padanya. Lalu para malaikat sujud (hormat) padanya. Kemudian Allah
menciptakan isterinya, iaitu Hawa, sebagai ibu manusia. Kehadiran Hawa yang
ditempatkan di syurga, membuat Adam menjadi tenteram kerana telah memiliki
isteri sebagai pendamping hidupnya di syurga. Allah melimpahkan nikmat-Nya
kepada kedua-dua pasangan suami isteri.
Kemudian Allah
menurunkan kedua-dua manusia ini (Adam dan Hawa), ke bumi, sebagaimana
ketentuan yang telah ditetapkan yang penuh dengan hikmah. Dari Adam dan Hawa
itu, Allah memperkembang-biakkan lelaki dan perempuan yang ramai. Atas kekuasaan
Allah yang agung, Dia menjadikan di antara mereka ada yang menjadi raja
(penguasa); ada pula yang menjadi rakyat jelata, ada yang fakir dan ada pula
yang kaya; ada yang merdeka ada pula yang hamba sahaya. Allah menempatkan
mereka di seluruh penjuru bumi. Allah menjadikan mereka sebagai khalifah di
atas bumi. Sebahagian mereka menggantikan pada sebahagian yang lain. Begitulah seterusnya
hingga datangnya hari perhitungan amal (hari kiamat), di hadapan Tuhan yang
Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Amma ba’du,
dengan memohon pertolongan Allah dan berkat petunjuk dan hidayah-Nya, saya
dapat menulis kitab Qishashul Anbiya’ (kisah para nabi) dan perkara-perkara
yang berkaitan dengannya, hingga kisah sejarah pada masa Bani Israil, serta
zaman Jahiliah sampai pada amsa Nabi terakhir, iaitu Nabi kita, Muhammad SAW. Saya
juga kemukakan sejarah (sirah) baginda SAW sebagaimana seharusnya.
Kami tidak
mengemukakan cerita-cerita israiliyat, kecuali dengan diizinkan oleh peletak
syariat (As-syari’) untuk mengutipnya, yang tidak bertentangan dengan Kitab
Allah dan Sunnah Rasul-Nya. Iaitu sebahagian kisah israiliyat yang tidak
dibenarkan dan tidak pula didustai. Kami mengemukakan di sini secara ringkas
apabila dipandang perlu, hanya sekadar untuk menambah keindahan bukan sebagai
hujah dan tidak pula sebagai sesuatu yang dijadikan pegangan. Kami hanya
berpegang dan mendasarkan pada kitab Allah dan Sunnah Rasulullah yang dipandang
daif, kami menjelaskannya. Kepada Allah, kami mohon pertolongan dan berserah
diri. Tidak ada daya dan kekuatan kecuali atas pertolongan Allah Yang Maha
Tinggi lagi Maha Agung (laa haula wa laa quwwata illaa billaahil ‘aliyyil
azhiim).
Allah SWT
berfirman yang bermaksud: “Demikianlah Kami kisahkan kepadamu (Muhammad)
sebahagian kisah umat yang telah lalu, dan sesungguhnya telah Kami berikan
kepadamu dari sisi Kami suatu peringatan (Al-Quran).”(Thaha:99)
Boleh dijadikan
rujukan buat;
-pelajar
institusi pengajian tinggi swasta dan awam
-pensyarah
-imam
-ustaz dan
ustazah
-masjid
-surau
-serta setiap
keluarga muslim
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.