NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | SAAT PERPISAHAN TERAKHIR |
PENULIS | YUSUF AL-HAJ AHMAD |
NO ISBN | 9789670398532 |
HARGA | RM28.00 (S'UJUNG) / RM31.00 (SS) |
MUKASURAT | 397 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 3/4 X 8 3/4 |
BERAT | 500 g |
SINOPSIS
Sesungguhnya hari-hari
terus berlalu, bulan-bulan silih berganti, kain-kain kafan ditenun,
amalan-amalan dicatatkan dan waktu pertemuan semakin dekat. Generasi demi generasi
diutus ke dunia setiap hari dan generasi demi generasi pergi meninggalkannya.
Sesungguhnya bahagian
manusia dari dunia ialah umurnya, jika digunakannya pada perkara yang berfaedah
di negeri akhirat maka dia telah berjaya dalam perniagaannya, namun jika digunakannya
dalam maksiat-maksiat dan keburukan-keburukan sehingga menemui Allah atas
kesudahan yang buruk itu maka di termasuk orang-orang yang rugi, dan berapa
ramai orang yang rugi telah berada di bawah tanah. Orang yang berakal ialah
orang yang menghisab dirinya sebelum dihisab oleh Allah, takut dari
dosa-dosanya sebelum ia menjadi penyebabnya.
Berapa ramai
manusia yang berterusan atas dosa-dosa kecil lalu terbiasa dengannya dan
menjadi ringan atasnya tanpa pernah memikirkan suatu hari mengenai kebesaran yang
diderhakainya, lalu ia menjadi penyebab su’ul khatimah (kesudahan yang buruk)
Ali bin Abu
Talib sangat takut dari dua perkara: “panjang angan-angan dan menuruti hawa
nafsu” katanya: adapun panjang angan-angan maka ia menjadikan lupa akhirat,
manakala menuruti hawa nafsu menghalang dari kebenaran. Beliau berkata: “ingatlah,
sesungguhnya dunia akan pergi dan akhirat akan segera datang, tiap satu dari
keduanya mempunyai anak-anak, maka jadilah kamu dari anak-anak akhirat dan
jangan kami menjadikan anak-anak dunia, sesungguhnya hari ini adalah hari beramal
bukan dari hisab, dan esok adalah hari hisab bukan hari beramal.”
Sesunguhnya kematian
secara mengejut tercela dalam Islam, kerana ia datang secara mendadak kepada
ahlinya tanpa memberi tangguh, maka adakalanya dia dalam maksiat lalu disudahi
dengan su’ul khatimah.
Salaf soleh
sangat takut dari kematian su’ul khatimah, Sahal At-Tusturi berkata: “Para
Siddiqin takut dari kematian su’ul khatimah pada setiap langkah pergerakan.”
Tags: SAAT PERPISAHAN TERAKHIR
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.