NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | ZUHUD |
PENULIS | AHMAD BIN HAMBAL ASY-SYAIBANI |
NO ISBN | 9789675047022 |
HARGA | RM59.00 (S'UJUNG) / RM64.90 (SS) |
MUKASURAT | 588 (KULIT TEBAL) |
SAIZ | 7 X 10 |
BERAT | 1098 g |
SINOPSIS
Zuhud merupakan di antara salah satu jalan yang dilalui
oleh para sahabat, yang mana mereka telah mendapatnya sejak awal lagi dan
menemui maknanya yang belum pernah ditemui. Bahkan makna-makna itu mengalir
hingga membentuk mata air.
Para sahabat yang menjalani cara hidup zuhud bukanlah
berasal daripada kalangan orang-orang miskin dan orang-orang yang banyak
keperluaannya, bahkan mereka terdiri daripada orang-orang kaya dan lapangan
rezekinya, serta banyak hartanya, sekalipun memang ada di antara mereka yang
miskin dan menjalani cara hidup zuhud, akan tetapi itu bukan disebabkan oleh
kemiskinannya. Melainkan kerana umat Islam telah sepakat bahawa pendidikan
terhadap akidah tauhid bersama cara hidup zuhud dapat menciptakan pelbagai
bentuk keadilan dalam masyarakat dan pada pelbagai tingkatan umat manusia yang
pelbagai.
Cara hidup zuhud merupakan usaha mendekatkan diri kepada
Allah SWT dan wasilah untuk mencapai redha-Nya serta merupakan jalan termudah
agar hamba dapat menerima malaut tertinggi, kerana ia telah menghindari
kenikmatan duniawi dan memilih kebaikan yang berada di sisi Allah SWT. Itulah nikmat
yang tidak pernah hilang dan binasa.
Kadang-kadang zuhud dapat dilakukan dalam kemiskinan
sebagaimana juga dilakukan dalam keadaan kaya. Hal ini tidak lain kerana cara
hidup itu saling melengkapi dan merupakan suatu cara untuk memahami alam ketika
sedang mengurangi kenikmatan syahwat dan berjalan secara bertahap menuju ke alam
akhirat.
Imam Ahmad menyusun kitab ini berdasarkan urutan yang ada
di dalam kita “Al-Musnad” dan bukan berdasarkan tajuknya (topical). Oleh itu,
ia menyebutkan riwayat hidup mereka dan apa yang diriwayatkan darinya yang
berhubungan dengan zuhud serta aspek fizikal dan perbuatan hati.
Tags: ZUHUD
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.