SOLAT ANTARA MAGHRIB & ISYAK
- Brand: Jasmin Publications
- Product Code: 9789675047961
- Availability: 100
- RM15.00
Available Options
TAJUK BUKU | SOLAT ANTARA MAGHRIB & ISYAK |
PENULIS | DR KHALID BIN MUSTAFA BIN IBRAHIM AL-WAKIL |
NO ISBN | 9789675047961 |
HARGA | RM15.00 (S'UJUNG) / RM 16.50 (SS) |
MUKASURAT | 295 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 1/2 X 8 1/2 |
BERAT | 343 g |
SINOPSIS
Sesungguhnya tatkala aku menelaah sebahagian hadis-hadis
tentang keutamaan berdiam di dalam masjid setelah solat fajar hingga terbitnya
matahari, dan setelah solat Asar sampai terbenamnya matahari, serta setelah
solat Maghrib hingga solat Isyak, maka aku menemukan sedikit dari manusia yang
melakukan hal tersebut. Akhirnya aku menyusun sebuah buku yang khusus
membincangkan sikap berdiam diri di dalam masjid dengan menjelaskan petunjuk
nabawi dalam hal tersebut dan pahala pelakunya serta menyebutkan sebahagian
permasalahan yang berkaitan dengan hal tersebut.
Kemudian ketika melihat pembahasannya cukup panjang,
akhirnya aku memutuskan untuk menyelesaikan setiap pembahasan dalam satu buku.
Dan buku inilah yang membincangkan sikap tenang dan berdiam diri di dalam
masjid antara solat Maghrib dan solat Isyak. Dalam pembahasan ini, aku
menghuraikan hukum memperbanyak melaksanakan ibadah sunat. Dan menurut pandanganku
sebelumnya, bahawa waktu penyelesaiannya tidak memakan waktu dariku selama seminggu.
Namun ternyata waktu yang diperlukan adalah setahun bahkan lebih. Dan
pembahasan ini tertuang di dalam satu buku dengan judul lthaf As-Sadah
A-fudhalaa Bimaa Jaa fil Istikthaar Min As-Shalaat Maa Baina Al-Maghrib Ila
Al-Isyak.
Di dalam buku ini, penulis telah membahagi-bahagi
pembahasan kepada enam bab pembahasan.
Bab Pertama: Sunat Maghrib
Bab Kedua : Solat Antara Maghrib dan Isyak (Inti
Sebahagian Besar Dari Pembahasan buku Ini)
Bab Ketiga : Tidur Antara Waktu Maghrib dan Isyak
Bab Keempat : Solat Awwabin
Bab Kelima : Solat Ghaflah
Bab Keenam : Mencontohi Ulama Salaf
Akhirnya, aku memulai pembahasan ini dengan bertawakal kepada Allah s.w.t. dan tiada petunjuk lain hanya milik-Nya semata-mata. Allah s.w.t. cukup sebagai wakil diriku.