JANGAN TAKUT- DON'T BE AFRAID
- Brand: Jasmin Publications
- Product Code: 9789670528168
- Availability: Out Of Stock
- RM36.00
Available Options
TAJUK BUKU | JANGAN TAKUT- DON'T BE AFRAID |
SUSUNAN | AHMAD SAFUAN AL-KARAMI |
NO ISBN | 9789670528168 |
HARGA | RM36.00 (S'UJUNG) / RM39.00 (SS) |
MUKASURAT | 531 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 3/4 X 8 3/4 |
BERAT | 643 g |
SINOPSIS
Gejala yang menonjol dari perasaan takut ini
ialah:
Kecemburuan
Kebiasaan merasa curiga kepada kawan-kawan
dan orang yang dicintai tanpa bukti yang masuk akal dan sebab yang munasabah, kebiasaan
menuduh isteri atau suami tidak setia tanpa alasan, mencurigai setiap orang,
dan tidak pernah menaruh kepercayaan penuh kepada siapa pun.
Mencari-cari Kesalahan
Kebiasaan suka mencari-cari kesalahan pada
kawan- kawan, kerabat, rakan perniagaan dan orang yang dicintai kerana sebab
yang sedikit sahaja, atau bahkan tanpa sebarang alasan.
Berjudi
Kebiasaan berjudi, mencuri, menipu atau
mengambil risiko berbahaya supaya boleh memberi wang kepada orang yang dicintai,
dengan keyakinan bahawa cinta boleh dibeli, kebiasaan membelanjakan lebih
banyak daripada pendapatannya atau kerap berhutang untuk membelikan hadiah bagi
orang yang dicintai, dengan maksud untuk mempamerkan sifat yang baik: tidak
boleh tidur: selalu gelisah, tidak memiliki ketekunan, lemah kemahuan, kurang
pengawalan diri, kurang kepercayaan kepada diri scndiri dan lekas marah.
Lemahnya
cita-cita
Keadaan
ini tergambar dalam kemalasan mental dan fizikal, kurangnya keberanian untuk
menampilkan diri, lambat untuk mencapai keputusan, terlalu mudah dipengaruhi,
kebiasaan menegur orang lain di belakang orangnya dan memuji mereka di
hadapannya, kebiasaan menerima kesalahan tanpa protes atau menghentikan usaha
ketika ditendang orang Iain, mencurigai orang lain tanpa sebab yang munasabah,
kurang bijak dalam sikap dan bercakap, tidak mahu mengakui kesalahan sendiri.
TAKUT KEPADA USIA TUA
Perasaan takut ini timbul, terutama dari dua sumber.
Pertama, fikiran bahawa usia tua akan mendatangkan kemiskinan. Kedua, dan ini merupakan
sumber yang jauh lebih umum, dari ajaran sesat dan kejam pada masa lalu yang bercampur
aduk dengan hukuman api neraka serta ajaran Iain yang menakut-nakuti yang dirancang
untuk memperhamba manusia menerusi perasaan takut.
Punca
yang paling Iumrah untuk perasaan takut kepada usia tua berhubungan dengan
kemungkinan kemiskinan. Pusat penampungan orang miskin bukanlah sesuatu yang
indah untuk dibayangkan. Setiap orang merasa ngeri memikirkan kemungkinan akan
menghabiskan masa tuanya dalam pusat penampungan ini.
Kalau
kita ingin berjaya mencapai cita-cita, maka bayangan kegagalan harus
disingkirkan. Jika kurang percaya cuba paksakan kerana takut gagal tentu anda
akan gagal. Sebelum mulai bertindak, maka bayangan kegagalan akan menguasai
diri. Jika sudah demikian mana mungkin kita dapat berjaya kalau setiap gerakan yang kita lakukan selalu dibayang-bayangi
ketakutan.