RAHSIA MATI SURI & HAKIKAT KEMATIAN
- Brand: Jasmin Publications
- Product Code: 9789670528434
- Availability: 100
- RM14.00
Available Options
TAJUK BUKU | RAHSIA MATI SURI & HAKIKAT KEMATIAN |
PENULIS | MUHAMMAD LUTHI AD-DIYAR |
HARGA | RM14.00 (S'UJUNG) / RM15.50 (SS) |
NO ISBN | 9789670528434 |
MUKASURAT | 191 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 3/4 X 8 3/4 |
BERAT | 273 g |
SINOPSIS
Fenomena mati suri adalah
salah satu misteri besar dalam kehidupan manusia. Perbahasan mati suri bukanlah
setakat berhubung kait dengan perkara-perkara perubatan yang sifatnya duniawi,
tetapi juga membahaskan dan membincangkan tentang dunia yang tidak ada pada
masa kasar. Mati suri tidak cukup untuk difahami oleh pemikiran manusia yang
serba rasional kerana ia adalah hal tidak rasional yang sangat tipis batasannya
dengan hal rasional. Bagaimana mungkin seseorang yang dihukum meninggal dapat
hidup normal semula seperti manusia yang hidup. Pertanyaan seperti itu sering
mengiringi kisah-kisah tentang orang yang mati suri.
Tidak sahaja pada zaman sekarang
ini, bahkan di kalangan ulama Islam juga ada yang pernah mengalami pengalaman
yang kini dikenali sebagai mati suri. Ibnu Al-Jauzi menyebutkan dalam karyanya
Kitab Al-Alqaab tentang seorang pemimpin bergelar Haamilu Kafanihi (orang yang
membawa kafannya). Beliau adalah Abu Said Muhammad Bin Yahya Al-Bazzaaz
Ad-Dimasyqi. Gelaran itu diberikan kepadanya berikutan kejadian yang
dialaminya. Suatu ketika beliau telah dianggap wafat, lalu dimandikan,
dikafankan, disolatkan dan kemudian dikuburkan. Di malam pertama
kematiannya,datanglah seorang yang mahu mencuri kain kafannya. Ketika pencuri
itu menggali kubur dan mahu mengambil kain kafannya, tiba-tiba beliau bangun
dari kuburnya menyebabkan pencuri itu lari ketakutan. Dan Abu Said pun kembali
kepada keluarganya dengan memakai kain kafannya. Disebabkan perkara inilah
beliau digelar Haamilu Kafanihi. Dan hari-hari selanjutnya, beliau hidup
seperti biasa sebagaimana manusia yang lain.