HIMPUNAN KISAH-KISAH TELADAN NABI MUHAMMAD SAW
- Brand: Jasmin Publications
- Product Code: 9789675047275
- Availability: 100
- RM18.00
Available Options
TAJUK BUKU | HIMPUNAN KISAH-KISAH TELADAN NABI MUHAMMAD SAW |
SUSUNAN | MOHD NAJIB / MOHD SUHAIL LUKMAN |
NO ISBN | 9789675047275 |
HARGA | RM18.00 (S'JUNG) / RM20.00 (SS) |
MUKASURAT | 327 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 1/2 X 8 1/2 |
BERAT | 385 g |
SINOPSIS
Nabi
Muhammad s.a.w. berbadan sedang tidak terlalu tinggi dan tidak pendek, warna
kulitnya putih kemerahan. Rambutnya tidak kerinting,juga tidak begitu lurus.
Sewaktu Nabi s.a.w. wafat tidak ada dua puluh rambut putih pun di kepala
baginda. Nabi s.a.w. berbadan bagus mulus, dadanya bidang menunjukkan bagus
bentuk badannya.
Rambutnya
kadang-kadang dipanjangkan hingga ke bahu, kadang-kadang cuma sampai setakat
kedua belah telinganya. Baginda berjanggut tebal, halus kedua-dua tapak
tangannya, kukuh jari-jarinya. Berkepala sempurna, kuat tulang-tulang sendinya,
wajahnya bundar, bola matanya bening dengan dilindungi oleh bulu mata yang
sempurna. Pada tepi matanya ada warna kemerahan, dadanya ditumbuhi bulu lembut
membujur bagaikan tongkat yang memanjang hingga ke pusatnya.
Apabila
berjalan baginda berjalan dengan tegap. Wajahnya tampan bagaikan bulan purnama,
bersuara bagus dan mantap, kedua-dua pipinya datar. Mulutnya mungil,
menunjukkan keelokan baginda, permukaan di antara perut dan dadanya nampak
rata, antara kedua-dua bahu dan kedua-dua lengannya serta bahagian atas dadanya
berbulu, lengannya panjang, tapak tangannya lebar, daging pada tumitnya
kelihatan nipis.
Pada belakangnya terdapat Khatamun Nubuwwah yang bentuknya bagaikan mata kancing atau bagai telur burung merpati. Apabila berjalan langkahnya tegap dan mantap agak cepat. Nabi s.a.w. membelah dua rambutnya serta menyisir rapi janggutnya. Setiap malam apabila hendak tidur, baginda memakai celak hitam tiga kali pada setiap mata. Baju yang paling baginda suka adalah gamis panjang yang berwarna putih, adakalanya baginda berpakaian berwarna agak kemerahan.