KATAKANLAH! TIADA TUHAN SELAIN ALLAH
- Brand: Jasmin Publications
- Product Code: 9789833791255
- Availability: 100
- RM20.00
Available Options
TAJUK BUKU | KATAKANLAH! TIADA TUHAN SELAIN ALLAH |
PENULIS | DR 'AIDH ABDULLAH AL-QARNI |
NO ISBN | 9789833791255 |
HARGA | RM20.00 (S'JUNG) / RM22.00 (SS) |
MUKASURAT | 348 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 1/2 X 8 1/2 |
BERAT | 400 g |
SINOPSIS
Segala puji bagi Allah, Tuhan alam semesta. Selawat dan
salam untuk Nabi dan utusan yang paling mulia, Muhammad s.a.w., semua keluarga
dan sahabat-sahabatnya. Lembaran-lembaran yang saya kumpulkan dalam buku ini
berjudul “Kita Percaya Bahawa”, sebagai ringkasan dari akidah Ahli Sunnah wal
Jama’ah.
Saya telah berusaha sebaik yang mungkin agar perbincangan
di dalamnya sesuai dengan Kitab dan Sunnah dan perkataan para salaf. Apabila
saya benar, maka hal itu datangnya hanya dari Allah, dan apabila salah hal itu
dari diri saya sendiri dan dari syaitan, sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya suci
dari segala kesalahan.
Akidah kita adalah akidah Ahli Sunnah wal Jama’ah yang
dibawa oleh Muhammad s.a.w. yang ditulis Allah dalam Kitab-Nya, kemudian saya
jadikan akidah ini menjadi 29 masalah.
Masalah pertama: Kita percaya bahawa iman adalah
perkataan, perbuatan dan keyakinan. lman akan bertambah dengan ketaatan dan
berkurang dengan maksiat. Dalil tentang hal ini adalah firman Allah: “Supaya
mereka semakin bertambah dengan iman mereka.” Dan firman Allah yang lain:
“(Iaitu) orang-orang (yang mentaati Allah dan Rasul) kepada mereka ada
orang-orang yang mengatakan: “Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan
untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada mereka”, maka perkataan itu
menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: “Cukuplah Allah menjadi penolong
kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung.”
Ayat ini menunjukkan bahawa iman itu kadang-kadang bertambah
dan kadang-kadang berkurang. Iman bertambah dengan ketaatan dan menjadi besar
seperti gunung yang menjulang tinggi dan menjadi sedikit di dalam hati hingga
seperti debu halus yang berterbangan atau atom.