NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | KEBAHAGIAAN DALAM IBADAH |
PENULIS | ABDUL BASIT JAZLAN |
NO ISBN | 9789833128020 |
HARGA | RM12.00(S'JUNG) / RM13.50 (SS) |
MUKASURAT | 232 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 1/2 X 8 1/2 |
BERAT | 268 g |
SINOPSIS
Jika masyarakat telah bersatu
dan merasa bersama dalam pelbagai persoalan mereka, ketenangan dan perasaan tenteram
akan tercipta di tengah-tengah mereka. Biasanya, semakin sering dan banyak
masyarakat muslim yang melakukan sembahyang jemaah di antara dan sesama mereka,
akan semakin menyatulah perasaan mereka. Dengan itu, semakin tenteramlah perasaan
mereka.
Berhimpun di masjid untuk
melakukan sembahyang jemaah atau juga di tempat lain yang dilakukan sembahyang
berjemaah di sana, mendidik kita untuk dapat hidup bersama dengan orang lain,
dengan itu pula tercipta keadaan saling mengenali. Jika hal itu telah terwujud,
kecurigaan atau seumpamanya tidak akan terjadi di antara mereka. Dengan itu
pula, ketenangan batin masyarakat akan tercipta kerana mereka saling kenal dan
saling tahu.
Sembahyang Jemaah yang
dilakukan dengan cara bersaf-saf, meluruskan dan merapatkan saf itu,
mengajarkan kepada kita untuk tidak hidup sendiri, hanya mementingkan diri
sendiri. Berdiri dalam satu barisan yang lurus dan sama rata mengajar kita
untuk memperhatikan keadaan orang lain yang sebarisan hidup, menyamakan
persepsi, menyamakan rasa. Diharapkan dari ajaran sembahyang berjemaah ini,
perbezaan realiti hidup (ada yang kaya, ada yang miskin, ada yang kurang
cerdas, ada yang kurang genius dan sebagainya) yang dimiliki oleh masyarakat,
bukanlah menjadi alasan untuk bermusuhan dan berpecah-belah di antara mereka.
Tags: KEBAHAGIAAN DALAM IBADAH
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.