KEJAYAAN TANPA BATASAN
- Brand: Jasmin Publications
- Product Code: 9789833128600
- Availability: Out Of Stock
- RM10.00
Available Options
TAJUK BUKU | KEJAYAAN TANPA BATASAN |
PENULIS | MUHAMMAD AHMAD ABDUL JAWWAD |
NO ISBN | 9789833128600 |
HARGA | RM10.00 (S'UJUNG) / RM11.00 (SS) |
MUKASURAT | 132 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 1/2 X 8 1/2 |
BERAT | 168 g |
SINOPSIS
Manusia terbahagi kepada tiga
jenis, iaitu: manusia yang kreatif adalah manusia yang senantiasa menciptakan
sesuatu, manusia yang hanya menikmati hasil-hasil yang sedia ada, dan manusia
yang merasa hairan kenapa sesuatu tersebut boleh terjadi.
Tidak diragukan lagi bahawa
setiap daripada kita cenderung untuk menjadi manusia yang tergolong kepada
jenis manusia yang pertama, iaitu manusia yang saling bersaing/ berlumba dan
saling bekerja sama dengan bentuk yang hakiki untuk menciptakan atau
menghasilkan sesuatu sama ada secara perseorangan mahupun secara berkumpulan. Sama
ada dia menjadi pemimpin daripada kumpulan tersebut ataupun dia menjadi salah
seorang ahli daripada kumpula tersebut.
Selain daripada itu, terdapat
kepakaran-kepakaran dan kemampuan-kemampuan yang harus kita miliki di dalam
melakukan pertarungan/ perlumbaan atau kerja sama ini. Begitu pula, tiap-tiap
daripada kita harus mengusahakan kepakaran-kepakaran dan kemampuan-kemampuan tersebut.
Perkara inilah yang pengkaji
paparkan dalam lembaran-lembaran ini. Pengkaji memaparkan dan menjelaskan tentang
kepentingan-kepentingan perkara tersebut. Dalam lembaran-lembaran yang sedikit
inilah, pengkaji memaparkan berbagai-bagai kemahiran, kemampuan-kemampuan, dan
kepakaran-kepakaran yang menjadikan kita sebagai orang yang alim, maksudnya
menjadikan kita sebagai orang yang mengetahui dan mencapai kejayaan tanpa
batasan.
Pengkaji memaparkan
lembaran-lembaran daripada kajian ini dalam bentuk soalan-soalan dan
penjelasan-penjelasan untuk menjawab setiap soalan-soalan yang menyelimuti
kita. Hal itu juga dilakukan agar supaya perkara-perkara tersebut menjadi
amalan atau pelaksanaan yang tidak terhad.
Tags: KEJAYAAN TANPA BATASAN