KEBENGISAN MALAIKAT MALIK
- Brand: Jasmin Publications
- Product Code: 9789670528373
- Availability: 100
- RM32.00
Available Options
TAJUK BUKU | KEBENGISAN MALAIKAT MALIK |
PENULIS | MANSUR ABDUL HAKIM |
NO ISBN | 9789670528373 |
HARGA | RM32.00 (S'JUNG) / RM35.00 (SS) |
MUKASURAT | 485 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 3/4 X 8 3/4 |
BERAT | 582 g |
SINOPSIS
Penyebab penduduk neraka
menyeru Malik adalah kerana setelah mereka dimasukkan ke dalam neraka, semua
hubungan dengan mereka terputus sama sekali. Mereka pun menyedari akan
kebenaran yang mereka telah lari daripadanya sewaktu di dunia dan menyeru orang
lain agar beriman dengan apa yang mereka yakini daripada kekufuran dan
kemaksiatan. Sehingga mereka ditimpa rasa putus asa yang teramat.
Tidak ada tempat bagi mereka
untuk melarikan diri dari azab yang kekal dan tiada henti. Rasulullah saw
menyeru orang Quraisy sehingga mereka berkumpul yang umum mahupun yang khusus. Lalu
Rasulullah saw menyeru: “Wahai keturunan Ka’ab bin Luay! Peliharalah diri kamu
semua daripada api neraka! Wahai keturunan Hasyim! Peliharalah diri kamu semua
daripada api neraka! Sesungguhnya aku tidak dapat menolak sesuatu pun daripada
kamu (seksaan) Allah.” Inilah kalimat yang pertama kali Nabi saw katakan ketika
mengingatkan kaumnya.
Dialoq penghuni neraka dengan
penjaganya dinyatakan berulang-ulang dalam bentuk uslub yang banyak. Kemudian pada
akhirnya ianya berakhir pada permohonan kepada pemimpin penjaga neraka ‘Malik
as’ agar ia meminta syafaat kepada Tuhan
untuk menghentikan seksaan mereka.