KESILAPAN & KEKELIRUAN YANG SERING TERJADI KETIKA SOLAT
- Brand: Jasmin Publications
- Product Code: 9789675047138
- Availability: 100
- RM20.00
Available Options
TAJUK BUKU | KESILAPAN & KEKELIRUAN YANG SERING TERJADI KETIKA SOLAT |
PENULIS | HASAN BIN SALMAN |
NO ISBN | 9789675047138 |
MUKASURAT | 388 (KULIT NIPIS) |
HARGA | RM20.00 (S'JUNG) / RM22.00 (SS) |
SAIZ | 5 1/2 X 8 1/2 |
BERAT | 447 g |
SINOPSIS
Kitab yang berjudul Al-Qaulul Mubin fi Akhthaa’il
Mushallin ini di dalamnya mengandungi penjelasan tentang pelbagai bentuk
kekeliruan orang-orang yang solat yang ramai orang terjerumus ke dalamnya. Kekeliruan
itu boleh berbentuk perkara-perkara baru yang dimunculkan dalam ucapan dan
perbuatan, adanya amalan dalam rukun dan
sunah-sunah yang tidak pada tempatnya atau sesuai dengan ajaran yang ada. Tidak
dapat dinafikan bahawa untuk membersihkan keyakinan yang keliru yang bertakhta di
dada umat dengan melahirkan kebenaran merupakan salah satu pintu dakwah kepada
kebaikan yang terbesar.
Saya tulis di dalam kitab saya ini peringatan terhadap
sunah-sunah yang banyak ditinggalkan orang yang solat. Terkadang bahkan mereka
meninggalkan kewajipan dan rukun-rukun yang mengakibatkan mereka terhalang
untuk mendapat pahala yang besar, lebih dari itu, mereka bahkan mereka terjatuh
dalam dosa.
Telah anda ketahui, bahawa solat merupakan salah satu
rukun Islam sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w bahawa solat itu kewajipan yang paling
utama dalam Islam setelah tauhid. Apabila solat seseorang itu baik maka akan
baiklah seluruh amal dan perbuatan seorang muslim. Sebaliknya, apabila rosak solatnya
maka rosaklah seluruh amalannya. Oleh kerana itu perkara ini perlu diutamakan
dan diperhatikan, khususnya dengan banyaknya bidaah dan perkara-perkara yang menyanggahi
syariat yang sudah tersebar luas di tengah-tengah masyarakat manusia terutama
di kalangan orang awam. Dengan berlandaskan kewajipan untuk memperhatikan
urusan orang ramai dengan cara memberikan petunjuk dan bimbingan serta amar
makruf nahi mungkar, maka ditulis pembahasan ini.
Tags: KESILAPAN & KEKELIRUAN YANG SERING TERJADI KETIKA SOLAT