NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | KISAH NABI SULAIMAN MENAWAN JIN, ANGIN & BINATANG |
PENULIS | ABU HATIM |
NO ISBN | 9789832087663 |
HARGA | RM7.50 (S'JUNG) / RM8.50 (SS) |
MUKASURAT | 127 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 1/2 X 8 1/2 |
BERAT | 158 g |
SINOPSIS
Dan (juga) Kami tundukkan kepadanya syaitan-syaitan
masing- masing menjadi ahli binaan dan penyelam.
Allah mengurniakan kuasa penunduk memperhambakan makhluk
yang halus iaitu syaitan termasuklah manusia yang bertubuh kasar dari golongan penjahat-penjahat
kerana perangainya sama seperti syaitan. Mereka dikerah membuat pekerjaan yang
berat-berat, untuk membina bangunan yang tinggi-tinggi, istana-istana yang
indah, kubu-kubu yang kuat, jambatan-jambatan yang panjang dan lebar dalam masa
yang sesingkat-singkatnya. Ada pula yang dikerah menjadi penyelam di dalam
laut, bekerja mencari mutiara dan batu marjan, untuk menjadi perhiasan di dalam
istana, mereka itu semuanya tunduk dan patuh kepada perintah Nabi Sulaiman
(a.s.).
“Dan yang Iain diikat bersama-sama dengan belenggu (rantai)." Allah memberi kuasa kepada Nabi Sulaiman untuk mengikat jenis syaitan-syaitan yang derhaka dengan rantai-rantai besi disebabkan mereka itu tidak patuh menentang perintahnya, dan supaya tidak dapat melakukan keganasan atau berbuat bencana, semata-mata menjadi hukuman dan memelihara keamanan.
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.