KUASA DI SEBALIK IBADAH
- Brand: Jasmin Publications
- Product Code: 9789833791453
- Availability: 100
- RM18.00
Available Options
TAJUK BUKU | KUASA DI SEBALIK IBADAH |
PENULIS | AMRU KHALID |
NO ISBN | 9789833791453 |
HARGA | RM18.00 (S'JUNG) / RM20.00 (SS) |
MUKASURAT | 345 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 1/2 X 8 1/2 |
BERAT | 408 g |
SINOPSIS
Saya akan menyajikan kepada kamu buku pertama saya yang
diberi judul dengan “Ibadat al-Mukmin” (Ibadah Orang Mukmin). Pada mulanya,
buku ini bukan merupakan sebuah buku, melainkan hanya kumpulan bahan ceramah
yang saya sampaikan di masjid Khalil al-Hashri, Kairo. Ceramah-ceramah tersebut
merupakan tahap awal dari perkenalan saya dengan dunia “khithabah” (orasi) di
sejumlah masjid. Berkat kurnia Allah SWT para pemuda mahu menerima dengan baik
ceramah-ceramah yang saya sampaikan itu, di mana ceramah-ceramah tersebut,
sebenarnya dilandasi oleh keresahan saya terhadap fenomena yang terjadi iaitu
bahawa bagi kebanyakan kaum muslimin- khususnya kaum muda, beribadah kepada
Allah telah menjadi sesuatu yang membebani mereka.
Mereka mengerjakannya hanya kerana ingin menggugurkan
kewajipan atau kerana takut kepada Allah, tanpa ada usaha sedikitpun untuk
merasakan manisnya ibadah yang mereka lakukan itu atau untuk mengetahui
pahalanya. Padahal usaha semacam itu dapat menjadi motivasi bagi mereka
sehingga mereka akan mengerjakan ibadah tersebut dengan baik.
Dari sini, saya menemukan bahawa fenomena
ketidak-sempurnaan (aib) itu (sebagaimana tersebut di atas) bukanlah disebabkan
kerana hati mereka telah mengeras atau kerana mereka tidak suka untuk menghadap
kepada Allah SWT akan tetapi ketidaksempurnaan semacam itu adalah disebabkan
kerana ketidaktahuan sebahagian orang akan keutamaan dan pahala dari ibadah
tersebut terhadap peningkatan spiritual, ketenangan jiwa dan kebahagiaan mereka
secara umum.
Maka terdetiklah dalam benak saya bahawa seandainya kita
dapat menjelaskan kepada manusia secara sederhana tentang konsep ibadah dan
pahala yang akan diterima oleh orang yang melakukannya seperti yang dijelaskan
oleh Rasulullah SAW kepada generasi pertama dari umat Islam ini, nescaya
manusia- khususnya kaum muda- akan tergerak hatinya untuk mengerjakan ibadah
dengan baik.
Alhamdulilah, apa yang saya fikirkan ini benar-benar telah
wujud. Bahkan ketika saya baru memulai rangkaian ceramah tersebut, saya
menemukan perubahan yang besar dalam cara pemandangan terhadap setiap setiap
jenis ibadah yang disebutkan dalam setiap ceramah (pertemuan)
Tags: KUASA DI SEBALIK IBADAH