NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | KISAH LUQMAN AL-HAKIM |
PENULIS | MUHAMMAD KHAIR RAMADHAN YUSUF |
NO ISBN | 9789832087786 |
HARGA | RM16.50 (S'JUNG)/ RM 18.50 (SS) |
MUKASURAT | 320 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 1/2 X 8 1/2 |
BERAT | 366 g |
SINOPSIS
Namun
begitu, kita masih tertanya-tanya, bagaimanakah kita tahu bahawa Luqman yang
disebutkan oleh para ulama kita; adalah orang yang dimaksudkan di dalam
Al-Qur’an?
Dan
untuk menjawab persoalan ini, pertamanya, kita akan membahaskan tentang
kehidupannya dan keduanya, tentang kata-kata hikmahnya
Untuk
membicarakan tentang kehidupannya, maka kami akan paparkan cerita yang
berkaitan untuk dipersembahkan di dalam gelanggang ini, sambil kami jelaskan
sejauh manakah tahap kesahihannya. Justeru, apabila perkara ini bercampur aduk
hingga tidak dapat disingkapkan perjalanan hidup seorang dengan
sejelas-jelasnya, maka saat itu tidaklah penting rasanya untuk diketahui adakah
dia (Luqman); seorang tukang kayu atau pengembaIa? Dan tidak penting juga untuk
diketahui; di zaman Nabi manakah dia berada? Bahkan, perkara ini sedikitpun
tidak menjejaskan pegangan aqidah kita walaupun kita tidak mengetahui tentang
keturunannya, erti namanya atau sejarah hidupnya.
Apa
yang kita mahukan adalah kefahaman mendalam dari segenap topik perbahasan, agar
kita dapat mendapat mengambil dari taman bunga harumannya, dari udara
kebersihannya, dari perubatan faedahnya dan dari lelaki ini ilmunya dan
kata-kata hikmahnya serta apa jua yang dia telah sampaikan kepada manusia.
Kerana ia adalah sumber segala kebaikan dan petunjuk sepanjang zaman
Walaupun
Al-Qur’an tidak menjelaskan dengan terperinci keadaan tokoh ini, malahan tidak
menyatakan di zaman mana beliau hidup serta tempat beliau ditemui, maka hal ini
adalah kerana terdapatnya mesej yang cuba disampaikan di sebalik paparan kisah
ini untuk dijadikan sebagai pengajaran dan pedoman serta mengukuhkan lagi
aqidah yang benar di dalam jiwa umat Islam seluruhnya.
Tags: KISAH LUQMAN AL-HAKIM
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.