NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | MENUJU NEGERI ABADI |
PENULIS | MUHAMMAD HASAN |
NO ISBN | 9789833791019 |
HARGA | RM22.00 (S'JUNG) / 24.00 (SS) |
MUKASURAT | 434 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 1/2 X 8 1/2 |
BERAT | 490 g |
SINOPSIS
Inilah
buku ar-Rihlah ila ad-Daar al-Akhirat
(perjalanan menuju Negeri Akhirat) atau Rihlah al-Khulud (perjalanan Menuju
Keabadian) yang sebelumnya telah saya janjikan kepada para pembaca setelah saya
mempersembahkan buku al-Jihad wa
al-Fidaiyah fi al-Islam.
Melalui
buku ini saya bermaksud menyempurnakan kumpulan fikah ibadah yang mengambil
daripada Al-Quran dan hadith Rasulullah s.a.w., serta terhindar daripada
bid’ah, khurafat dan hawa nafsu yang menyesatkan. Kerana tujuan daripada
penulisan buku ini adalah untuk mengingatkan insan muslim akan pentingnya fasa
yang ia lalui setelah kebendaannya di dunia dan menjelaskan apa yang Wajib ia
lakukan terhadap dirinya dan orang lain dalam fasa sekarang ini, maka buku ini
sifatnya sangat penting daripada buku-bukn lainnya, di mana fasa tersebut
merupakan fasa penentuan nasib dan mendengar keputusan Ilahi apakah mendapatkan
nikmat abadi atau kesengsaraan abadi. Semoga Allah s.W.t., melindungi dan
menyelamatkan kita.
Oleh
kerana saya berusaha sekuat tenaga menjadikan buku ini sebagai buku fikah dengan
makna yang umum, bukan dengan makna yang khusus. Buku Fikah dengan makna, pemahaman
yang tepat terhadap ayat-ayat Al-Quran dan hadith-hadith Rasulullah s.a.w. yang
berkaitan dengan perkara-perkara yang mencakup urusan dunia dan akhirat, baik
yang termasuk pokok perbahasan kita ini ataupun cabang-cabangnya serta mencakup
apa yang Wajib dilakukan terhadap roh, jasad, akal dan hati, disamping
mengandungi hak-hak dan kewajipan ibu bapa, anak anak suami, isteri dan
lain-lain.
Buku ini juga merupakan fikah yang berkaitan dengan pembahasan- pembahasan mengenai kebangkitan, hasyar, hisab, pembalasan, syafaat, syurga, neraka dan perkara perkara lain yang menggambarkan sebuah alam yang dipenuhi dengan peristiwa-peristiwa penting dan luar biasa.
Tags: MENUJU NEGERI ABADI
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.