NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | 1000 SOAL-JAWAB SIRAH NABI SAW |
PENULIS | MUHAMMAD ALI QUTUB |
NO ISBN | 9789833791002 |
HARGA | RM22.00 (S'JUNG) / RM24.50 (SS) |
MUKASURAT | 445 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 1/2 X 8 1/2 |
BERAT | 498 g |
SINOPSIS
Soalan: Sebutkan bentuk-bentuk
keberkatan yang terjadi di rumah Abu Talib disebabkan kehadiran Rasullullah SAW
di sana?
Jawapan: Abu Talib tidak
pernah tidur kecuali ia berada di sisinya. Dan dalam hal makanan ia juga
mengkhususkan Rasulullah. Apabila anak-anak Abu Talib makan-baik bersama-sama
ataupun sendiri-sendiri- mereka tidak pernah kenyang, akan tetapi jika
Rasulullah SAW makan bersama mereka, mereka merasa kenyang. Lalu Abu Talib
berkata pada Rasulullah SAW: “Kamu ini benar-benar membawa berkat!”
Hal ini terjadi kerana
banyaknya anak Abu Talib namun hartanya sedikit. Ia telah melihat
kebaikan-semua kebaikan- dalam pengasuhannya terhadap Rasulullah SAW.
Soalan: Berapa usia Rasulullah
ketika pergi bersama bapa saudaranya, Abu Talib, ke negeri Syam? Dan bagaimana
hal itu terjadi?
Jawapan: Abu Talib adalah seorang
peniaga, sedangkan keadaan penduduk Makkah (orang-orang Quraisy) saat itu
adalah berusaha bersama rombongan yang pergi ke Syam atau Yaman pada perjalanan
musim sejuk atau musim panas.
Pada suatu ketika, Abu Talib
pergi berniaga ke negeri Syam, dan ketika sedang bersiap-siap hendak bertolak
dan telah berkumpul dengan rombongan, Rasulullah SAW bergantung padanya dan
menangis. Ketika itu Rasulullah SAW masih berusia dua belas tahun, maka hati
Abu Talib pun merasa hiba sekali dan berkata “Demi Allah. Aku akan membawanya
bersamaku dan aku tidak akan berpisah dengannya selamanya dan dia tidak akan
berpisah denganku.”
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.