NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | AL-'AZHAMAH KEAGUNGAN (KULIT NIPIS) |
PENULIS | DR 'AIDH ABDULLAH AL-QARNI |
NO ISBN | 9789833423842 |
HARGA | RM25.00 (S'JUNG) / RM37.50 (SS) |
MUKASURAT | 404 (KULIT TEBAL) |
SAIZ | 5 3/4 X 8 3/4 |
BERAT | 495 g |
SINOPSIS
Pada mulanya sebelum saya membaca buku keagungan ini, saya menganggap bahawa buku yang bertajuk “Keagungan” ini hanyalah merupakan sebuah buku biasa yang tiada keistimewaan berbanding buku-buku yang lainnya. Namun selepas saya mengkaji dan menyelusuri seluruh makna yang dituliskan dalam buku ini, saya merasa terkagum kepada buku ini kerana di dalamnya tevrdapat akidah para ulama terdahulu dan penuh dengan nilai-nilai syariat dan seni bahasa yang sangat tinggi.
Buku ini merupakan senjata yang hebat untuk meyakinkan orang bukan Islam terhadap Islam. Ini disebabkan kerana buku ini mampu untuk berdialog dengan hati nurani manusia mengenai sesuatu perkara yang sesuai dengan pemahaman akal. Dengan demikian ianya akan menjadikan seseorang itu mahu bertauhid kepada Allah s.w.t. Yang Maha Agung.
Oleh kerana itu, buku ini menjadikan hujah dan bukti-bukti yang dikemukakannya sebagai senjata yang kuat yang dapat diterima secara logik. Tambahan pula bahawa bukti-bukti tersebut dapat dipertanggungjawabkan kebenarannya dan disampaikan pula dengan menggunakan ungkapan-ungkapan yang tersusun indah dan kukuh. Dengan demikian buku yang penuh dalil ini dapat dijadikan pedoman dan rujukan untuk berdialog dengan kaum bukan Islam.
Adapun kepentingan dari penulisan kata pembukaan ini adalah bagi menjelaskan kandungan isi buku yang bertajuk “Keagungan” ini. Dengan yang demikian, pembaca akan dapat memahaminya secara lebih mendalam dan mengambil manfaat darinya. Sebagai hasil darinya juga, mengamalkan kandungan isi buku tersebut. Kerana matlamat asas dari buku ini adalah melaksanakan apa-apa yang terkandung di dalamnya dan bukan hanya sekadar membacanya atau mengaguminya.
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.