NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | MUKHTASAR ZADUL MA'AD |
PENULIS | IBNU QAYYIM AL-JAUZIYAH |
NO ISBN | 9789673670024 |
HARGA | RM45.90 (S'JUNG) / RM50.50 (SS) |
MUKASURAT | 541 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 7 X 10 |
BERAT | 939 g |
SINOPSIS
Buku
ini adalah karya monumental yang dituliskan oleh seorang mujaddid abad 12H.
Buku ini merupakan ringkasan dari buku aslinya yang terdiri dari enam jilid. Ianya
merupakan rujukan umat Islam. Namun keenam-enam jilid buku tersebut cukup berat
untuk difahami bagi orang awam, tetapi sebaliknya ianya sesuai bagi mereka yang
ingin mendalami ilmu agama. Bagi kebanyakan umat Islam, terutama di zaman
sekarang, segala-galanya mestinya dalam kemudahan. Oleh itu buku Ringkasan Zadul
Ma'ad ini adalah kemudahan bagi umat untuk memahaminya.
Penulis
buku ini adalah ulama besar yang sangat piawai dalam menyusun kalimat singkat
tetapi padat maknanya, sepertimana kebiasaan para ulama salaf pada ghalibnya.
Dalam masa singkat sahaja anda dapat memahami dan menikmati intisari kitab Mukhtasar Zadul Ma'ad ini, dan anda
akan mendapatkan ilmu yang sangat bermanfaat.
Sebagaimana tajuk buku aslinya Zadul Ma'adfi Hadyi Khairil Ibad (Bekalan Ke akhirat sesuai Petunjuk Hamba terbaik/Muhammad s.a.w.), ianya membahas petunjuk Nabi s.a.W. tentang apa sahaja bekalan yang diperlukan untuk hidup di akhirat. Bermula dari perkara kecil sehingga yang besar. Bermula dari masalah bersuci sehingga masalah jihad dan perkara lainnya yang dapat dibaca dalam kitab ini. Semoga ringkasan Zadul Ma'ad ini memberikan faedah yang besar kepada kita.
Tags: MUKHTASAR ZADUL MA'AD
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.