NOTIS TEMPAHAN: Terima kasih berminat mendapatkan buku ini. Namun, sebelum anda membuat pembayaran, anda MESTI WHATSAPP ke nombor 012-7705363 terlebih dahulu. Tujuannya untuk kami menyemak status terkini stok buku ini. Kami tidak bertanggungjawab jika pembayaran yang anda lakukan tidak mematuhi syarat ini.
TAJUK BUKU | JANGAN ASAL BERZIKIR |
PENULIS | UTHMAN AS-SA'ID ASY-SYARQAWI |
NO ISBN | 9789675420801 |
HARGA | RM38.00 (S'JUNG) / RM42.00 (SS) |
MUKASURAT | 426 (KULIT NIPIS) |
SAIZ | 5 1/2 X 8 1/2 |
BERAT | 516 g |
SINOPSIS
Aku berdoa kepada Allah mudah-mudahan buku ini bermanfaat
bagi para pembaca, agar hati para pembaca selalu terpaut dengan berzikir kepada
Allah dan semakin bertambah ketenteramannya “Ketahuilah bahawa zikir kepada
Allah menenangkan hati".
Buku “Jangan Asal Berzikir” adalah sesuatu yang sangat
berharga dan bernilai. Penyusun di sini menjelaskan sistem yang sangat jelas
dan indah tentang keutamaan zikrullah dan menempatkan zikrullah pada tempat
yang sempurna di antara ibadah-ibadah.
Tidak diragukan lagi bahawa buku ini sangatlah berharga
dan bernilai. Dalam penyusunan buku ini, penyusun telah memberi masukan yang baik
bagi kita. Di dalamnya, kita dianjurkan untuk selalu berzikir dengan segala
bentuk-bentuk zikir dan menjelaskan keutamaannya. Allah telah berjanji kepada
orang-orang yang selalu berzikir kepada-Nya akan mendapat pahala yang besar,
tempat yang baik dan darjat yang tinggi.
Di dalam pandanganku sebuah buku adalah sama dengan satu
taman yang terdapat di dalamnya berbagai macam buah-buahan. Sehingga dari
segala penjuru mana pun akan tercium semerbak bau harum dan rasa yang lazat.
Sungguh benarlah sebahagian orang-orang arif mengatakan:
“Demi Allah, tidaklah indah dunia melainkan dengan berzikir kepada-Nya, tidak
ada akhirat melainkan dengan maaf-Nya dan tidak ada syurga melainkan dengan
melihat-Nya.
Adakah di sana yang lebih indah daripada membaca Al-Quran
dan berzikir kepada Allah? Apatah lagi ketika dalam keadaan sunyi dengan
menitiskan air mata?
Tags: JANGAN ASAL BERZIKIR
Developed by LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.